Hampir Terlepas Ujian Psikometrik

Beginikah otak kita tok dukun?

Dengan kadar internet yang macam simput babi tempang, jarang aku membuka email jabatan dipejabat. Jangan kata email jabatan, email yahoo pun sempat goreng karipap tak tentu satu laman bole load dengan sempurna. Beri hitamlah sumber utama yang mendekatkan aku dengan alam maya.

Tadi seperti mendapat satu ephipany aku melayari email jabatan. Banyak yang ditong-sampahkan terutama yang basi, yang forwarded tak tentu hala dan yang tak relevan. Baru aku sedar ada email yang meminta aku membuat ujian psikometrik kerana aku antara salah seorang calon yang memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP). Terkejut amat melihat tarikh akhir menyelesaikan ujian itu ialah hari ini!

Ada hampir 200 soalan dan aku kena selesaikan dalam masa 45 minit kalau tak silap. Bukannya susah sangat pun hanya tanda Ya atau Tidak saja dikotak yang disediakan.  Masa mula-mula baca email tu aku agak soalannya mesti sama macam soalan menduduki peperiksaan untuk jawatan Pegawai Penerangan. Hmm..betul la tu.

Menurut website JPA, Ujian Psikometrik ialah ujian psikologi berbentuk kualitatif dan menggunakan teknik statistikal yang ditadbir dengan bantuan ahli yang mahir dalam ujian psikologikal unt
uk menentukan tahap kecerdasan, minat dan mana-mana ujian mental.
Jenuh aku fikirkan apakah relevan soalan yang ditanya dengan biasiswa yang aku pohon. Untuk bersangka baik, aku rasa mereka mahu memastikan calon yang layak dan menepati “kriteria-kriteria tertentu”.Ujian itu pada firasat aku untuk membaca nilai-nilai pemohon berdasarkan peribadi, kesungguhan, minat dan konsistensi. Ada beberapa soalan berulang dan ada soalan yang tak semenggah. Diawal bicara sudah dinyatakan tiada jawapan yang betul atau salah dalam ujian ini.
Semua soalan aku jawab dalam masa 30minit dan 4 saat (saat tu kalau aku tak silap). Dan sekali lagi aku merenung senarai calon yang memohon. Sesungguhnya senarai itu sangaaaaat panjang. Mujur tiada soalan “adakah anada tertekan dengan ujian psikometrik ini” dalam bentuk subjektif kerana aku memerlukan lebih dari 45 minit untuk berhujah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *