Hama Di Antara Permata

Kelas pertama berlalu semalam..Aku berpakaian sedikit berwibawa dan berjalan lagak biasa di antara pelajar-pelajar uni. Sekali pandang mereka tak seperti nak menuntut ilmu. Lebih bergaya dan berketawa..biarkan saja, itu jiwa remaja dan aku sudah melalunya dulu.

“Puan Pensyarah baru ke” satu soalan terjahan keluar.

Hahaha, aku terketawa separa besar..”Boleh jadi kalau saya mahu jadi” balas aku sambil senyum sinis.

Kumpulan itu berlalu dan sok sek sok sek malu alah mengisi perbualan mereka – agaknya..

****

Malam itu aku berada dikelompok sebenarnya. Boleh dikatakan semuanya datang dari latar yang hebat-hebat belaka. Badan aku makin lama makin mengecil lagak Honey I Shrunk The Kids. Makin lama makin halus dan akhirnya sampai giliran aku memperkenalkan diri..

****

Jadi, itu hanyalah mainan kognitif dan setan yang terlepas selepas Ramadhan. Pedulikan saja..darah aku juga merah 🙂 Kelas 3 jam itu sangat pantas berlalu dan percayalah, aku tak sabar tunggu hari Isnin.

Kepala aku tenang, tiada sakit hati dan tiada caci maki dan setakat ini, dia siapa menjual diri. Itu lebih aku sanjungi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *