Hadiah Hari Lahir Yang Tertunda

14 Julai lalu, aku tak sempat beri hadiah pada Hadi sempena umur beliau menjejaki jajahan 3 Series. 3 Series is a big deal sebenarnya sebab pangkal 3 telah berada di depan umur untuk tempoh satu tempoh yang insyaallah panjang hendaknya.

Pernah aku katakan, kalau mampu aku mahu belikan dia Baghdad ataupun Hummer. Tapi apakan daya, gaji penerbit rancangan tidak seperti pendapatan berkapita Donald Trumps. Tidak juga seperti royalti kumpulan The Beatles dan The Supreme. Gaji gomen hanya cukup-cukup belanja dalam keadaan miskin bandar yang mencengkam.

Selepas pendaftaran UiTM lalu, kami ke Kelang untuk menukar tayar kereta yang lebih licin dari kepala Congo. Empat-empat biji licin dan bahaya untuk perjalanan jauh. Alang-alang tukar tayar,sempat diajukan tentang hadiah yang tertunda – kalau mahu memberi inilah masanya 🙂

Ok, aku turutkan. Setelah 2 jam menunggu, inilah hasilnya. Semua orang gembira. Tokey kedai gembira dengan pembelian tunai. Hadi gembira dengan tayar dan rim baru. Aku gembira sebab Hadi gembira dan sebab tayar baru tu akan berjasa untuk perjalanan ke Cherating 1 Syawal nanti. See, where can other stupid psycho not even attractive woman fill in the blank? Buweeek 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Replies to “Hadiah Hari Lahir Yang Tertunda”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *