Habuan Mengemas Rumah

Agak penat hari ini. Membiasakan rutin-rutin baharu untuk anak-anak menyebabkan aku dan Hadi juga terpaksa mengubah beberapa aspek hidup. Serius, 180 darjah berubah. Mungkin kerana awal lagi, belum jadi alah bisa tegal biasa. Yang biasa jadi ialah memaki servis bas Nadi Putra dalam hati. Oh, dalam keributan itu aku aman kerana masa menunggu itu terisi dengan beberapa penulisan.

Mujur hari ini Hadi cuti menguruskan beberapa keperluan persekolahan anak yang perlu diselesaikan segera. Dan dia juga dengan penuh rasa cinta menjemput aku balik dari pejabat. Jadi dapatlah kami bersembang manja-manja sementara destinasi seterusnya ialah mengambil anak-anak.

Aku masih kekenyangan dengan menu biadap yang aku baham petang tadi – sotong bakar gemuk dan ikan bawal goreng power. Jadi, untuk makan malam kami hanya beli nasi sahaja untuk anak-anak. Sementara Hadi melayan anak-anak makan, aku membersihkan dapur.

Tengah sibuk mengemas, tiba-tiba Hadi menjerit. Susah nak describe jeritan lelaki macam mana, tapi bunyi ala-ala bengkek dan sakit menjadi satu. Udah kenapa pulak tu?
“Kucing jantan tu masuk rumah, kencing kat tingkap. Ai tak sempat halau dia…”begitu tuan tabib membuat laporan. Oh, dia nampak marah sebab kami baru sahaja ganti langsir.

Aku minta dia makan dulu, sementara aku mandikan anak-anak. Kemudian naiklah atas, biar aku bersihkan satu rumah. Kebetulan hujung minggu lalu memang tak sempat kemas rumah.

Aku tekan saluran 861. Saka mengemas pun datang dan sejam kemudian – bersih suci menciutkan keadaan rumah. Siap mop dengan pewangi lavender sekali.

Mainan anak-anak yang asyik tersepak-sepak aku kumpulkan. Hmm…apa banyak nau big truck yang aku jumpa. Ini belum aku selongkar dalam bekas mainan diorang lagi.

Tak boleh jadi…

Aku susun empat trak itu baik-baik. Setelah berfikir tak berapa nak dalam, aku ambil keputusan sehabis logik. Aku nak big trak tu!

Esok aku bawak pergi pejabat…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Skip to toolbar