Gotham S2 – Episod 2 – 3

gotham-jerome-joker

Ini memanglah catatan orang super busy. Sepatutnya Episod 2 minggu lepas aku tulis tapi macam aku cakaplah, aku busy. Banyak sangat benda berlaku minggu lepas, mostly pasal kerja jadi aku agak slow down sikit untuk update apa-apa cerita – apatah lagi cerita peribadi.

Ok…kita mula dengan episod 2 – Knock! Knock!

  • Episod ini cuba mula memperkenalkan siapakah Maniax, Theo Galavan, adiknya yang lesbian lain warna kulit dan seperti biasa mengukuhkan watak Barbara – ok semak!
  • Love hate – love hate relationship antara Bruce dengan Alfred ni sebenarnya aku dah boleh predict akan jadi dan sentiasa jadi. Come on Bruce
  • Ok ginilah…aku memang slow sikit sebab episod 2 masa scene ada Barbara aku tido! Actually aku tertido! Mungkin gas beracun tu aku terhidu sama kot..itu yang aku terus lelap. Sedar-sedar aje Jim dah kena beduk lapan tiang.
  • Commissioner Essen mati ditembak oleh Jerome.
  • Harvey return to Gotham! Finally…berapa lama kau nak jadi bartender?

 

Episod 3 – The Last Laugh

  • Setakat ini, episod 3 adalah episod yang paling win! Aku mengharapkan penceritaan seperti ini mengisi episod-episod dalam Gotham. Barulah thrill!
  • Ramai membicarakan betapa Jerome ini berpotensi menjadi ‘the new joker’. Ok, aku setuju..budak ni gile psiko! Dia muncul dalam 2 episod aje tapi aku yakin kewujudannya itu dominan. Watak dia ni macam Khal Drogo dalam Game Of Thrones. Walaupun kojol awal tetapi akan dikenang..
  • Masih lagi pasal Jerome. Dalam episod ini penonton nampak jelas dari mana datangnya manusia mental psikotik bernama Jerome. Kisah hidupnya, mak abahnya siapa dan apa yg menyebabkan dia jadi sebegitu semuanya dijelaskan – bukan secara flashback tapi guna dialog aje. Tak payah bergantang-gantang sangat penjelasan. Kita faham kot..
  • Juga plot Theo Galavan feeling-feeling nak jadi hero aku seakan boleh teka. Bila dia bunuh Jerome pun aku boleh predict. Tolonglah Barbara next – semak dowh!
  • Part Harvey jumpa Penguin dan confront something – seolah-olah Penguin ada something untuk jatuhkan Jim yang itu aku agak lost. Aku tak faham sebenarnya..tapi aku ajelah..Orang lain faham kot.
  • Scene Alfred nak mengorat Dr. Lee tu memang sengal. Aduhai bujang tua seorang tu, agak-agaklah. Part Jim jealous itu pun kategori win. Siap merayu nak cium untuk tunjuk territoty hehehe…
  • Secara keseluruhan, i love it! Barulah betul ada benda yang dinantikan dalam episod ini. Feel yang aku mahu dengan penantian seminggu itu berbaloi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *