Go On..

 

Dalam keadaan lambakan drama di NBC, Fox, CBS dan lain-lain stesyen televisyen di luar negara, sukar membayangkan aku akan terjebak dengan satu cerita baharu. CSI dan House yang aku gemar sangat dahulu pun sudah lama aku hilang arah, sejak penulis skrip mogok beberapa tahun lalu. Situasi itu menyebabkan pengeluaran DVD dipisahkan kepada bahagian 1 dan 2, malah ada bahagian 3. Itu menyebabkan perasaan menyampah dan malas menunggu musim baru.

Selepas drama F.R.I.E.N.D.S, Matthew Perry pernah berlakon dalam satu drama bersiri berjudul Studio 60. Tapi drama itu tidaklah begitu hebat impaknya dan hanya bertahan untuk 22 episod sahaja, tanpa ada sambungan musim kedua. Kali ini dia kembali sebagai Ryan King – seorang pengulas sukan radio yang cuba menjalani hidup seperti biasa selepas kematian isteri. Dia diminta menyertai satu kumpulan sokongan manusia yang menghadapi masalah berdepan dengan realiti selepas kehilangan orang yang disayangi. Pada mulanya dia enggan. Tapi selepas satu insiden dia mengamuk tak semena-mena selepas melihat orang memandu dan menggunakan telefon (isteri Ryan meninggal kerana kemalangan jalanraya) dia sedar dia perlu mendapat bantuan. Semudah itu sahaja jalan ceritanya.

Selepas episod pertama ditayangkan, ia berhenti seketika kerana memberi laluan kepada sukan Olimpik. Masa itu aku rasa sangsi juga takut-takut dia tidak ditayangkan terus. Tapi nampaknya macam ada harapan Go On melarat ke musim dua.

Aku suka episod 3..Ia sangat menyentuh perasaan. Aku ingat lagi Hadi cakap anggaplah macam aku tengah tengok Chandler dalam episod itu. Tapi aku pandang dia dari sisi yang lain. Dan setiap kali aku ulang episod itu aku akan sebak sendiri.

Jujurnya tiada satu manual untuk melepasi fasa kesedihan melibatkan kematian. Tapi setidaknya jika ada seseorang yang mengatur kata semudah mungkin seolah ia rukun biasa, insyaallah kita boleh melaluinya. Walaupun tidak tenang, tapi mulai redha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *