Gelagat Peserta Masa Uji Bakat Bintang RTM…

Atas dasar nak menjadi seorang kakak yang supportive, aku temankan juga adik seorang itu ke ujibakat Bintang RTM. Nasib baik dia tak terlepas…Setidaknya, selain untuk back-up adalah jugak menambah pengalaman budak tu audition ke sana ke mari. Dapat tak dapat tu belakang kira sebab aku tahu dia bukannya macam orang lain datang memalukan muka sendiri dan ahli keluarga..Dia memang berbakat dan ada potensi.

Kami pergi bertiga…aku, mama dan Aisya. Kerja aku ialah ‘keep myself low’ dan menggelakkan peserta yang lain. Sampai-sampai aje kat RTM aku dah gelakkan berpuluh orang yang pakai bukan main cun make-up bedak setong, tapi kena menapak naik ke Angkasapuri…he..he..he..Bila aku bantai gelak, mulalah batuk ganas tu datang..Takpe, aku bole kontrol lagik..

Sampai di Auditorium P.Ramlee, aku andaikan hampir 200 orang dah menunggu. Ingatkan bole terus register. Rupanya kena tunggu pukul 9.00 pagi baru diorang bukak pendaftaran. Siot aje..sempat aku tanya, agak-agaknya kalau ramai macam nie abis kul brape? Shida, yang jaga kaunter cakap kalau Aisya antara 50 orang pertama, sebelum lunch boleh selesai..

Oh, ok…tak payahlah aku berkampung kat RTM nie sampai malam. Bila beratur, Aisya antara 10 peserta pertama. Aku cakap kat mama, biarlah dia beratur belakang-belakang sikit. Ambik mood dulu dan tengok rentak audition tu macam mana. Ok, Aisya akhirnya beratur belakang sikit dan dapat nombor 323, rasanya peserta ke-15 kot. Sepanjang beratur, aku gelak lagi….

  1. Adalah satu budak nie..aku gelarkan dia MEMEY..Dah la rupa sebijik-sebijon macam betina garik tu. Dah tu, garik dan gediknya pun sama..Selang 10 minit dia pasti akan lalu-lalang mencuri perhatian orang lain. Dia pakai dress separuh lutut. Layaknya aku gelakkan betis pompuan tu yang sungguh la penuh bunting padi dan kakinya yang tak berapa lawa tu he..he..he..
    Aku gelak sampai terpaksa masuk bilik air..he..he..he..
  2. Seorang peserta yang pakai jeans hijau, baju putih dan jaket hijau. Rambutnya macam rambut aku jugak tapi penuh emosi..
  3. Seorang peserta lelaki yang bonsai memakai beg corak landak. Sempat aku melawak dengan mama…Kalau nyamuk langgar beg dia mesti arwah kan mama he..he..he..
  4. Yang lain tu standard la….Muka macam rumah tak siap pun ada. Tapi mana tahu suara dia dasyat..Jahat betul aku nie…

Pukul 10.00 pagi, audition bermula. Untuk pengiring-pengiring, bakal PA dan jurusolek yang mengantar anak-anak ikan mereka tidak dibenarkan masuk ke dewan. Mereka hanya boleh menonton menerusi TV 14 inci yang diletakkan di luar dewan. Kenapa la diorang tak guna projektor yang besar mak-bapak sikit? Lantak la..bukan unit aku yang buat.

Audition bermula…Part ini memang la kelakar buat aku yang tak pernah melihat audition secara langsung. Peserta pertama masuk, menyanyikan lagu Sudirman – Hujan.

Hujan yang turun bagaikan mutiara..Berkilau bersinar berkerdipan….

Ok, terima kasih…. – terdengar juri bersuara

Hah? – Budak tu terkejut..

Kitorang yang kat luar nie dah mula riuh. Itu aje?

Kalu macam nie tak sampai pukul 12.00 tengahari boleh selesai…

Peserta kedua dan seterusnya pun macam tu jugak. Sampailah satu brother nie nyanyi lagu Jamal Abdillah. Sampai habis korus baru juri suruh berhenti..Oh, macam tu…Aku dan mama dah nervous. Janganlah part Aisya baru satu baris dah kena berhenti.

Giliran Aisya hampir tiba..Sebelum tu, giliran kawan dia yang selalu jugak masuk pertandingan karoke mana-mana. Pakaian bukan main smart hip-hop…rambut stylo minyak bergantang-gantang. Time dia nyanyi, jangan kata aku, luar dewan semua ketawa. Bukan sebab tak sedap, tapi confius…..?! Dia nyanyi lagu Ahmad Jais – Umpan Jinak Di Air Tenang….Terbatuk-batuk aku gelak..Agaknya kat umah dia takde baju Melayu kot…

Turn Aisya pun tiba. Oh, tuhan..aku yang berdebar-debar. Dia bawa lagu Ziana Zain – Kesuma Hati. Masuk baris pertama, ok…..baris kedua……ok…rangkap kedua…….ok….1st korus……ok….’Ok, terima kasih’ juri bersuara. Di luar penonton separa bersorak. Fuhhhhh, aku lega giler…Insyaallah ada harapan tu, Aisya – kata aku dengan confident.

Abis audition, Aisya kata kawan kakak tu tunjuk-tunjuk Aisya masa atas pentas. Apahal? Aku rasa mesti diorang cakap ‘itulah adik Baini…’

Takpe dik….kau tak malukan akak!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One Reply to “Gelagat Peserta Masa Uji Bakat Bintang RTM…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *