Episod 8 selamat ditonton 2 malam lepas. Antara yang best malam tadi :-
- Daddy Issues

Nampaknya Tyrion dan Daenerys ada masalah yang sama, masalah kurang kasih sayang bapa dan bapa yang psiko. Jadi persamaan mereka rasanya boleh jadikan mereka regu yang baik, alang-alang Tyrion dilantik jadi penasihat.
- Sir Jorah
Pengkhianat Daenerys dalam buangan kembali. Aku tak salahkah Daenerys. Siapa yang pernah kena mesti buat benda yang sama.
“Let me fight for the queen”. Kena tunggu episod akan datang apa akan jadi.
- Cersei dan Makcik Sudip
Adegan yang paling aku suka ialah bila Cersei kena pukul dengan sudip bila dia enggan mengaku dosa-dosa yang telah dilakukan. Oh, satu keseronokan yang nyata hehehe…
- Sansa dan Theon
Theon akhirnya bagitahu Sansa yang Rickon dan Bran masih hidup. Sepatutnya Theon cakap aje konek dia dah kena kerat dengan Ramsay – settled.
- Tormund
“fuck em, they’re dead”
“I fucking hate Thenns!”
Steady aje dia beduk Lord of Bones. Banyak sangat cakap tak guna kan…
Ok aku suka Tormund hahahaha…
- Penjual Tiram
Arya penjual Oysters, Clams and Cockles dengan rambut Chun Li
- Wildlings and Zombies
Waaaah, aku tak sangka dalm pada kebencian dan kemenyampahan melihat cerita berkaitan zombi (kecuali Zombi Kampung Pisang dan Zombi Kilang Biskut) aku boleh terseronok pulak dengan adegan serangan zombi dan perzombian Wildlings. Seram memikirkan macam mana nak survive daripada serangan zombie berganda ini dengan White Walkers merata-rata. Ah, itu masalah diorang.
- Karsi
Adegan pertama Karsi aku dah rasa ‘eh, macam familiar dia ni.’ Yup, dia ahli kumpulan Das Sound Machine dalam filem Pitch Perfect 2. Orang Denmark rupanya..
Setakat itu dahulu. Sekian.
Valar Morghulis!
