Game of Thrones Season 5 Finale

game-of-thrones-season-5-wallpapers-2-978x490

Sebelum anda bertabah dengan ulasan episod terakhir Game of Thrones Season 5, ingin aku nyatakan episod 8 yang dipenuhi adegan perzombian berskala besar itu megah menjadi episod terbaik dalam sejarah GoT S5. Episod akhir ini tidaklah mengecewakan sangat – ia mendukacitakan dan bakal disusuli aksi berkabung oleh penggemar siri ini tidak kisahlah dari paksi mana mereka berada.

stannis-1024

1. Stannis Baratheon Pasca Membakar Princess Shireen

Ramalan Melisandre aka The Red Bitch ternyata tersasar! – f**k that bitch. Isteri pulak gantung diri, tak dapat terima hakikat. Askar banyak cabut lari dan mati. Kuda pun dah banyak yang mati. Akhirnya dia sendiri mati (atau tidak?) di tangan Brienne of Tarth. Ikut emosi aku, lantakkan ajelah kalau betul-betul mati pun sebab apa aje yang tinggal pada Stannis kala ini? Oh, betina tu lari masuk Davos…

samgilly

2. Samwell Tarly minta dihantar ke Oldtown untuk jadi Maester. Itu lebih baik daripada dia tinggal berlama di situ dengan Gilly, konfem ada cubaan untuk membunuh mereka.

Theon-and-Sansa-S05E10

3. Sansa Stark – ‘If i’m going to die let it happen while there’s still some of me left.’ Lambat sangat buat keputusan…mereputlah.

269cda98-5a04-4bc0-8158-aede4011cee8-620x372

4.  Arya Stark berjaya bunuh Ser Meryn Trant, salah satu nama dalam list ala-ala Enam Jahanam juga sebenarnya. Aku suka dialog Jaqen H’ghar masa jumpa Arya ” A girl has taken a life, the wrong life. That man’s life was not yours to take. A debt is owed. Only death can pay for life.” Aku rasa balasannya seolah-olah apa yang dia buat pada Ser Meryn kena dekat dia pulak. Ok bye!

tumblr_nli12lhijM1qldetwo1_500

5. Misi Jamie Lannister untuk selamatkan anak Cersei (anak dia sebenarnya) di Dorne berjaya. Tapi Myrcella mati jugak kena racun. Ini macam nampak sangat boleh agak pasal tak semena-mena masa nak membabai diorang naik kapal untuk balik Ellaria beria-iya comolot dengan Myrcella. Matilanak…takde kesan mendalam pun.

Tyrion_and_Varys

6. Adegan antara Tyrion Lannister dengan Lord Varys…Very the very sangat! Ok la macam boleh tahan jahanam jugak dialog diorang. Kategori Bromance era jahiliyah.

7sZDBdo

7. Daenerys Targaryen – jujurnya aku dah mula menyampah dengan dia. Lantakkanlah nak kena culik ke, mahu jadi hantu atau buaya.

 

Makcik senduk tu belakang Cersei, kiri
Makcik senduk tu belakang Cersei, kiri

8. Cersei – hehehehe…aku tahu ramai yang membicarakan soal kena stripping satu bandar – dibogel dan dimalukan. Memang dia dasar penipu pun. Tapi aku cenderung untuk berbicara tentang makcik senduk. Makcik yang dialognya hanya ada dua yang dominan:-

a) Confess!

b) Shame! (ding ding ding..) Shame! Sambil bawak loceng.

ustv-game-of-thrones-s05e10-still-10

9. John Snow – Ini lagi satu ending yang membuatkan semua orang menyesal tengok GoT. Ditikam secara berjemaah. Tapi aku rasa macam dia tak mati. Kalau hidup pun jadi nightwalker. Entahlah…


Ada baiknya tidak membaca buku itu sendiri, ada juga buruknya. As for me, nak membaca pun takde masa. Jadi tunggulah tahun depan apa bakal jadi. Yang penting, jangan favor pada mana-mana watak, semua bakal mati.

Sekian.

Mak Kau Hijau!
Mak Kau Hijau!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *