GAJI BESAR, KERETA MEWAH TAPI DUIT RAYA KAU BAGI LIMA HENGGET AJE?

What do you think?
Aku rasa kau giler macam tahi….!

Nampaknya masyakarat (iya, masyarakat otak berkarat) kini semakin giler meluahkan rasa lahapnya kepada wang ringgit atas huluran duit raya yang diterima. Inilah punca budak-budak pun pandai berbunyi bila tengok duit raya dalam sampul yang diterima tidak seperti yang diharapkan. Apa jenis contoh yang kita nak bagi pada anak-anak sebenarnya ni?

By the way, seperti mana yang kau harapkan? Rumah besar, kereta mewah kena hulur duit warna merah, oren atau ungu ke? Makanya tujuan untuk berziarah dari rumah ke rumah itu adalah misi mengumpul duit nak melampiaskan kehendak atas mainan atau gajet yang kau nak beli ke? Musibat semua ni…

Mungkin kita semu kena belajar menjadi jujur dan telus dalam kasus pemberian duit raya ini. Pacik macik kena bagitahu nilai minimum yang mereka sudi terima. Kalau kadar tak mencapai, tak usahlah kita beri. Buat jadi senandung ungkitan sahaja tiap kali raya tiba. Pada anak-anak buah dan anak-anak tetamu pun sama. Nak, ambil tak mahu sudah. Huznuzon apanya bersedekah dengan manusia kufur nikmat macam itu? Lebih ramai yang susah, memerlukan dan afdal untuk kita salurkan saham akhirat kotya nak bersedekah pun. Aku tengok budak-budak sekarang datang raya sembang dengan tuan rumah adalah 3 baris lepas tu sibuk belek telefon. Sebelum balik, amik duit raya pastu “la, banyak ni aje?”

Then boleh pulak “itulah sebenarnya nilai pemberi, sekian-sekian ringgit aje”. Mungkin dia tak pernah dengar tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Daripada engkau menadah dan bersungut, lebih rendah nilainya dari daun pisang zaman Jepun dulu.

Dan mak pak sedara yang abu lahab memang wujud sampailah sekarang. Sebab tu anak-anak saudara tak pernah kisah pun habitat diorang macam mana. Eh, ini cerita lain hahahaha..

Shirakka semua ini…
#apabilakkbennymenulis
#duitrayamakkauijau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *