Gaji 2x Sebulan?

Lama aku nak mencelah dalam isu gaji ini. Kerana kesibukan masa, hasrat itu terhenti seketika. Mungkin kerana aku masih merungut-rungut tentang harga kenaikan minyak. Tanpa aku sedari, aku semakin ilmiah dalam memperkatakan isu ini. Kenapa subsidi dikurangkan, kenapa orang mempertikaikan Petronas, kenapa itu, kenapa ini dan lain-lain.

Berbalik hal gaji 2x sebulan. Tak ada satu kakitangan kerajaan (yang aku temui) bersetuju dengan pelaksanaan gaji yang bakal bermula Ogos ini. Secara peribadi, aku turut terkesima dengan berita ini. Entah bijak pandai mana yang memberi cadangan itu tak penting. Apapun, kesudian kerajaan menimbangkan kembali hal ini tetap aku sanjung tinggi. Aku setuju atau tidak? Hmmm..nyatanya lebih tak bersetuju. Kalau ikutkan apa yang kalut sangat, jangan jadi pengunjung tetap mesin ATM sebelum 25 haribulan setiap bulan, maka selamatlah wang tersebut dari perbelanjaan yang bukan-bukan.

Tapi boleh ke? Hmmmm….satu persoalan yang menimbulkan emosi pelbagai apabila didebatkan. Dari susuk pandang aku yang sederhana, aku rasa payah. Sebabnya dalam keadaan ekonomi sekarang, beban kewangan begitu ketara. Sementelah dengan kenaikan mendadak harga minyak maka lebih mencengkam kesusutan kewangan saban bulan. Itu belum masuk hal kecemasan yang memerlukan wang. Automatik akan teringat yang sebenarnya dalam akaun masih ada cairan yang boleh digunakan.

Macam-macam teori pengurusan kewangan yang disembangkan. Antaranya disiplin menentukan pokok pangkal kemana hala setiap sen disalurkan. Hakikatnya, cakap mulut yang disulami dengan reaksi meyakinkan tidak boleh membantu orang ramai dalam keadaan ekonomi yang mula menampakkan tsunaminya. Aku tahu, ada antara kalian yang mendapat gaji 2 kali sebulan dan masih boleh hidup dengan situasi itu. Aku lebih sedar keadaan pekerja freelance yang dapat gaji macam untung sabut dan tak tentu waktu.

Tapi bagi kakitangan kerajaan yang setelah sekian lama menerima gaji sekali sebulan, banyak ‘adjustment’ yang perlu dibuat. Perlu ingat..ada yang menolak pinjaman bank, pinjaman pembagai, Tabung Haji, ASB dan lain-lain menerusi gaji ini. Bermakna, setiap bulan masing-masing menerima lebih kurang 70% atau kurang dari gaji sepatutnya. Dengan pelaksaan sebegini, gaji yang sikit semakin terasa sikit dan tanpa sedar ramai yang kena darah tinggi dan migrain memikirkan soal duit..

Satu lagi isu yang bersabit dengan pemberian gaji 2x sebulan dan kenaikan petrol ialah kelonggaran kerajaan membenarkan kakitangan sokongan membuat kerja luar. Ini akan aku sembangkan di tulisan yang mendatang. Itu belum masuk dengan pelaksanaan bersara wajib dilanjutkan sampai umur 58 tahun. Hai, selepas ini apa lagi? Jangan pula ada cadangan yang bijak pandai melaksanakan gaji setiap minggu atau lebih kronik gaji hari.

Cuma satu yang pasti, kakitangan kerajaan merungut-rungut gaji 2x sebulan, gaji anda tetap masuk juga. Kenang-kenangkanlah sahabat handai yang memperjuangkan gaji mereka yang kadang-kadang tak kunjung masuk saban bulan…Jadi, bawak-bawaklah bertenang yob…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One thought on “Gaji 2x Sebulan?”

  1. this is a very interesting topic.
    teringat masa zaman kerja sementara before came to australia, zaman dpt gaji sebulan sekali. terasa cam best je coz dpt duit, then dpt la merasa buat own budgeting. terasa cam dah besar dah boleh buat kira2 sendiri. tapi tak sempat nak angkat pen & kertas, duit tu abis dulu. aaaiii..
    then bila dtg aussie utk blajar, still dpt allowance sebulan skali. masa tu la buat budget betul2 & terasa aku la manusia paling miskin kat aussie ni. tapi terpaksa la coz living cost here memang la ridiculous & memang kena budget betul2. zaman tu..ish.. susah tul.
    now, dah start kerja. most organizations kat aussie kasi gaji every fortnightly. masa tu terasa cam kaya all the time coz duit dlm bank sentiasa bertambah every 2 weeks. mula2 tu tak biasa la jugak, coz sewa rumah, health insurance, fon bill, blabla mostly monthly or 3 monthly. its like, 2 minggu ni mcm ada duit, then the next 2 wks tetiba semua duit hilang & terpaksa makan pasir. its kinda interesting jugak masa mula2 adjust buat own budgeting. kena betul2 kira & make sure ada some money allocated for each debt & hutang2.
    then, teringat balik zaman dpt duit bulan2 dulu. rasa-rasanya i kinda like the current system kot. 2 minggu sekali dpt duit, & terasa more in control of my own money. senang nak tgk duit tu gi mana & tak terasa cam lost hope bila bills sampai.
    it would be very interesting kalau m'sia buat cam tu jugak. but rasanya m'sia kena betulkan the gaji system e.g. takde lagi lambat byr gaji/elaun/tax system/dll baru la bleh tukar to this system kot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *