Fright Night : Aduhai Juga Colin Farrel :)

Pada mulanya, aku agak skeptikal dengan filem ini. Mungkin kerana aku susah untuk percaya filem yang dibungkus semula (remake) akan lebih baik dari filem asal. Memandangkan Fright Night asal  itu pun aku tak berapa gemar, makanya aku menonton dengan perasaan biasa-biasa dengan sebotol air mineral jenama GSC dan jagung rebus.

Sinopsis Fright Night mudah – apa akan anda buat bila anda dapat tahu jiran anda seorang vampire? Begitu skema terjemahannya. Bagi aku, ceritanya begitu ‘nerd’, dipenuhi warga ‘nerd’ dan menjadi separa ‘nerdy’.

Ceritanya begini…Charlie (Anton Yelchin)duduk dengan ibunya. Dia berjiran dengan Jerry (Colin Farrel), seorang lelaki kacak yang rupanya seorang vampire. Kawan Charlie ketika dia di zaman remaja, budak skema gaban bernama Ed (Christopher Mintz-Plasse) mempunyai bukti mengatakan Jerry sebenarnya vampire. Charlie enggan dikaitkan dengan Ed kerana dia kononnya semakin matang dan kool setelah mempunyai awek cun bernama Amy (Imogen Poots) dan dikelilingi rakan-rakan lain yang lebih popular. Charlie mulai curiga dengan Jerry setelah Ed dan beberapa rakan lain mulai tidak hadir ke kelas. Akhirnya dia mengetahui kebenaran cerita Ed dan konflik mulai timbul apabila Jerry sendiri tahu identitinya sudah diketahui. Charlie meminta bantuan seorang ahli silap mata, Peter Vincent yang tahu tentang vampire untuk membantu dia membunuh Jerry.

Ceritanya ringkas, mudah dan jenaka remaja. Sangat ringan sampaikan aku tak rasa ini cerita hantu sebenarnya.

Ok, Colin Farrel…aku tak tahulah kenapa charming sangat dia dalam filem ini. Mungkin sebab semua pelakon yang ada sungguh nerd makanya dia lebih dominan. Dia mengingatkan aku pada Eddie Cahill versi tinggi dan kacak. hahahaha…Mungkin sebab dia berlakon dalam The Imaginarium of Doctor Parnassus menjadikan aku selesa dengan kemunculannya dalam filem ini.

Yup, aku galakkan korang menonton dan membeli DVD sebagai koleksi 🙂

p/s: aku tak guna perkataan ‘pontianak’ menggantikan vampire sebab tidak tepat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *