Fridge Magnet & Cokelat

image

Setiap kali ada kawan-kawan yang aku kenal mengkhabarkan yang dia akan keluar negara, setiap kali itu jugalah aku akan meminta jasa baik untuk belikan fridge magnet. Lebih indah, daripada belikan itu menjadi hadiahkan. Indahnya dunia dengan ingatan sebegitu.

Aku pun faham…nak membeli bukannya pakai daun. Sang perantau itu terpaksa mengeluarkan duit sakunya sendiri. Untuk itu aku tidak pernah memilih jenis FM macam mana yang aku hendak. Bulat ke, persegi ke, simetri ke..yang penting boleh lekat. Oh, alang-alang ditopik ini aku sukakan FM yang ada tulis nama negara/daerah/tempat etc. Warna – ada oren satu bonus. Kalau FM tu getah lagilah aku suka. Ini kerana banyak FM yang terkorban jatuh daripada peti sejuk tanpa aku sedari. Kalau getah jatuh ia tidak cedera.

Kalau nasib baik, dapat t-shirt ataupun pen. Syukurlah…Nasib juga baik, dapat cokelat. Tapi ini satu hadiah yang banyak beri komplikasi di masa hadapan. 1-Cokelat itu sedap tapi tak jual di Malaysia. 2-Cokelat tu sedap, tp masa makan ada yang nampak so terpaksa kerat kasi dia sikit. 3-Cokelat tu sumpah sedap, tapi kau hati-hati nak makan takut cepat abis kemudian ada org lain makan cokelat tu sebab ala, cokelat aje pun dan kau rasa menyesal kenapa tak abiskan.

image

Jadi tadi aku tunjukkan gambar FM dan cokelat yang aku dapat pada Hadi. Kak Wan Wizana berikan tanda kenangan. Member kursus kat sana beberapa minggu. Terima kasih banyak kerana sudi belikan dan hadiahkan FM ini kepada aku. Sudah beberapa tahun aku tidak keluar negara. Koleksi yang ada tidak kunjung bertambah.

Berbalik kes cokelat tadi…”B,inilah FM yang ai dapat…yang ini pula cokelat almond..Sedap tau,” kataku sambil menunjukkan gambar menerusi Lenovo baharu ini.

“Oh, maksud yu cokelat sedap yang tak tinggalkan untuk ai ke, yang yu makan sorang tu ke,” katanya sambil senyum-senyum.

Aku senyum jugak. Satu, sebab aku dapat FM dan dua sebab aku dah makan cokelat tu semua. Maniacal laugh..maniacal laugh..
image

Posted from WordPress for Android

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 Replies to “Fridge Magnet & Cokelat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *