FonePad Asus

Gambar carian google

Tak tahulah kenapa, tapi aku memang dah pangkah dan peyjak-peyjak model telefon Samsung. Sudahlah bateri cepat kering, asyik sangkut aje memanjang. Nak restart memang jenuh. Blackberry Bold berusia 2 tahun juga begitu ragamnya. Ingatkan masalah bateri lama. Sudah aku tukar tapi nyatanya ada kelonggaran pada struktur telefon. Jangan tak percaya, ada kertas kecil sebagai penyendal yang membuatkan bateri ketat dilandasan. Justeru aku tahan lagi melayan ragamnya sementelah ia masih berfungsi dengan baik. Ia meragam sekali-sekala sahaja.

Kebetulan ke farmasi membeli Utragestan berhampiran Digital Mall menyebabkan Hadi bersungguh mahu singgah. Alasannya, alang-alang dapat parkir. Aku maklum, dia juga bermasalah dengan SII yang aku belikan setahun lalu. Beberapa minggu lalu dia sempat menunjukkan beberapa risalah telefon model terkini yang berpotensi untuk disambar. Oh, ya…ramai beranggapan kami sedang menggunakan Blackberry Z10 kerana kami berdua sangat mengangkat tinggi produk Blackberry. Mana mampu..banyak benda nak diuruskan sebulan dua ini.

Jadi diruang legar tingkat dua kami singgah dikedai yang menjual FonePad Asus. Aku belek-belek ala kadar. “Kalau you nak, i belikan” kata Hadi. Aku bukannya tak mahu..tapi seperti yang aku katakan tadi. Belanja kami selepas ini agak besar kerana perlu menyelesaikan beberapa perkara yang mendesak. FonePad itu berharga RM 800. Hadi minta aku trade-in SII jika aku mahu telefon itu. Oleh kerana harga yang ditawarkan amat munasabah, aku langsung setuju. Sebab aku dah tak sanggup nak bersabar dengan kebengapan SII itu. Pada mulanya aku mahu membayar sendiri telefon itu. Tetapi disebabkan Hadi bersungguh, aku turutkan. Memang ada model lain yang dia janjikan, tapi aku enggan kerana mahal sangat. Jadi aku anggap ini adalah hadiah ulangtahun kami dan hari lahir yang tertunda. Mungkin juga sebab beberapa bulan ini hidup kami sedikit kelam-kabut kerana kesibukannya kerja menjelang pilihanraya. Jadi dengan berian ini, dapatlah aku menghabiskan masa sementara menanti dia balik kerja yang selalunya tak tentu masa.

Apapun, aku selesa menggunakan Fonepad ini. Ia besar dan mudah diguna kerana aplikasinya seolah SII juga. Yang penting, bateri memang mantap. Layan Youtube berjam-jam pun tak cepat kering. Ada dua warna, aku pilih gold. Silver dah selalu sangat.

Hadi – thanks 🙂

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *