Fatty Crab Yang Lazat

Selepas menyaksikan mini showcase Maman Teacher’s Pet di MaudeKL, Damansara Perdana, aku ajak Hadi melepak bersama sementelah masa kami jua jarang dihabiskan berdua. Mahu ke shopping mall, rasa malas nak berebut parking. Nak makan, tak tahu selera berorientasikan apa. Sudahnya aku cadangkan kami makan dirumah, dan aku akan masak apa yang tersisa bekalan dapur.

Alang-alang lalu menghala ke Kelana Jaya, pantas aku suarakan cadangan untuk makan ketam. Sudah lama amat kami tidak makan di sana. Aku sendiri sudah lupa bila kali terakhir kami berkunjung ke sana. Mujur tidak sulit menjadi parking, meski dua kali berputar di kawasan yang sama.

Orang sentiasa ramai di restoran ini. Melayu, Cina, India, orang barat dan kadang-kadang orang Afrika Selatan juga gemar makan di sini. Kerana kami hanya berdua, tidak sukar untuk mendapatkan tempat duduk. Kebiasaannya orang akan datang berjemaah bersama ahli keluarga dan mereka terpaksa menunggu kumpulan keluarga selesai, barulah diberikan tempat makan (jika kedai penuh – percayalah,memang selalu penuh!)

Menu aku di sini tak pernah berubah. Ia statik dan pegun kerana aku tidak suka mencuba sesuatu yang baru. Kalau orang cuba, aku akan jack sedikit dan kalau sedap, barulah aku berani pesan. 1 1/2 kati ketam bercili dan nasi goreng untuk 2 orang. Air pula, kami berdua memilih air tebu. Orang sangat ramai, aku dapat rasakan pesanan ini ada potensi sampai lewat. Mujur bateri telefon Samsung SII masih berbaki untuk aku habiskan masa sementara menunggu. Sempat membaca beberapa halaman e-book yang aku muat turun diikuti aplikasi Kisah Nabi.

Lebih 30 minit, makanan sampai. Percayalah, sangat berbaloi. Kami langsung tak bercakap. Yang kedengaran hanya bunyi ketukan tukul menghentak kulit ketam yang keras dan set set set menahan tangis kepedasan.

Fatty crab menutup acara makan besar yang tertunda untuk tahun ini. Tak wajar makan selalu sebab nanti tak rasa keteringinannya 🙂 Terima kasih Alhadi kerana membawa saya makan di situ.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *