Exam Pertama Yang Menduga..

image

Semalam,beberapa rakan kelas menubuhkan satu kumpulan haram ‘study group nk mampos’ dengan diketuai oleh Fariq. Kami melepak dan melepek di kopi mahal Starbucks seawal 3.00 petang. Ini semua kerana malam itu kami akan berhadapan exam pertama sebagai pelajar sarjana.

Sebenarnya aku tak tahu konsep study group yang berkesan. Pasti bila ramai-ramai berkumpul banyak bersembang dan lagha. Tapi semalam ia sukses. Kami bincang semua soalan yang pernah keluar dan cara-cara nak menjawap setiap soalan. Difahamkan lecturer nie agak strict dalam pemberian markah. Jadi banyaknya membincangkan semua kemungkinan menjawap yang memenuhi kehendak dan syariat beliau.

image

Sessi kemudian diteruskan lagi dimamak berhampiran. Aku dah mula tak sedap perut dan tak lalu makan. Setiap kali susah hati melampau itulah masalahnya.Sudahnya nota aku simpan. Zhafrie menceriakan suasana dengan cerita urutan RM10 dan orang hutan. Terbahak-semua ketawa..terbang beberapa persen ilmu.

Malam itu peperiksaan bermula. Tak pernah dalam sejarah aku menulis non-stop 3 jam tanpa henti. Selalunya akulah manusia paling awal siap menjawap. Tapi semalam masa macam tak cukup. Jari dah cramp aku teruskan jugak. Tulisan bukan lagi cakar ayam..cakar vampire cakar tenuk semua ada.

Lepas exam,kami semua melepak di mamak biasa. Zhafrie mengulang cerita petang tadi dgn tambahan perasa. Tetap lawak..aku pekena sepinggan nasi dan barulah rasa lega kembali..

Selesai satu paper…2 lagi menunggu.
Kepada semua pemeriksa,tiap-tiap malam aku berdoa, please be kind. Amin…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Replies to “Exam Pertama Yang Menduga..”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *