Eskandar Dzulkarnain Sudah 3 Bulan..

PhotoGrid_1381297770518

Tadi ke klinik di Kg Pasir seawal 8.30 pagi. Punyalah ramai umat di sana. Rupanya tak awal juga waktu itu walaupun waktu temujanji sebenarnya jam 9.00 pagi. Kesian Eskandar Dzulkarnain. Pagi begitu waktu tidur dia. Tersengguk-sengguk anak itu menahan mengantuk. Awal-awal itu aku agah-agahkan juga. Lama-kelamaan aku pun bantai mengantuk sama tapi tak dapat lena sebab kipas yang maha perlahan..

Juga….

Seekor bangkai yang ignorant nak mampus. Aku tak pernah tengok dalam drama terbitan seantero dunia hatta drama Indonesia sekalipun suami marahkan isteri tinggalkan dia sebab bini tu nak menyusukan anak. Apalah bangkai! Belum masuk 8km bebelan dia tak cukup tidur sudah bermalam-malam. Hello! Welcome to parenthood la bingai..

Laki tu jugak sibuk main game dengan handpone cikai dia tanpa mode senyap. Nasib ED tak terganggu tidurnya. Kalau tak aku rentap dan peyjak-peyjak handphone tu berkali-kali sampai semua yang menunggu bertepuk riang.

Memang sukar untuk tidak menggunakan bahasa kasar. Tapi kekasaran otak manusia itu perlukan kekasaran kata-kata juga untuk tembus ke batu jemalanya yang bersimen itu.

Ok, abaikan. Akhirnya giliran ED disuntik. Alahai, kesiannya dia menangis. Aku pulak emo di situ. Mujur tak sampai 10 saat dia meraung. Harap-harap dia tak demam malam ini. Bila anak jauh di mata, rawan hati seorang ibu nie lain sikit. Sejak masuk keja, aku terpaksa tinggalkan ED dengan tok mama sementara tunggu mak su dia cuti semester.

p/s : ED dibotakkan kali kedua…comel sangat, macam student Poh Chi Lam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *