Eskandar Dzulkarnain, Kamu Sudah Satu Tahun…

 

Eskandar dan Mama
Eskandar dan Mama

Time flies fast once you turn one,
So much to learn, so much fun.
Peek-a-boo, learning to talk,
Eating it all, learning to walk.
Loving to laugh and giggle and play,
Enjoying every moment of every day.
But while you innocently watch each day go by,
You’re unaware of the sighs we sigh . . .
For you’re growing up too fast for us.
We’ve seen it before and we know you must.
Soon you’ll be two, then three, then ten,
And we’ll look at you and wonder and say, “When?”
When did he grow up? How can this be?
Wasn’t it yesterday he looked up at me . . .
And reached for my arms . . .
And smiled that sweet smile . . .
And we prayed,
“Keep her little for still a little while.”

Happy birthday, anak mama Eskandar Dzulkarnain!

***

Perancangan awal hanya mahu memacak lilin atas roti john atau atas kuih tepung pelita. Maklum sahaja, hari lahir kamu disambut pada bulan puasa. Jadi mama dan abah berulang kali berbincang sama ada perlu atau tidak kami membeli kek…

Akhirnya abah lembut hati. Dengan gigih meredah kesesakan jalanraya dia mendapatkan sebiji kek untuk raikan hari lahir kamu. Kamu beza 2 hari sahaja dengan kakak Cahaya Balqis, beza 6 hari dengan maksu dan 7 hari dengan abah dan mak uda. Jika semuanya ada berkumpul, mungkin di masa depan kita boleh raikan bersama-sama.

Tiada apa kata berbunga-bunga untuk dianyamkan sebagai ingatan kamu di masa hadapan, anakku. Harapan mama dan abah jelas…Tetaplah menjadi anak kami yang soleh, abang yang hebat sebagai pelindung adik-adik dan manusia yang berguna di dunia dan di akhirat.

Eskandar dan Abah
Eskandar dan Abah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *