Escape Plan

escape_plan_movie_still-1920x1440

Ini cerita utk warga matang jadi aku berikan 9/10. Jadi ia jatuh bawah kategori mesti tonton, tak tonton rugi apatah lagi kalau ada berumur 30 tahun ke atas – rugi besar dik non!

Ia mengisahkan tentang seorang bekas pendakwaraya, Ray Breslin lakonan selamba Slyvester Stallone menjadikan kerjaya masuk penjara dan mencuba memecahkan tahap keselamatan penjara tersebut dengan membolosinya sebagai satu cara untuk memberitahu kelompongan sistem keselamatan adalah serius dan perlu diambil berat oleh pihak kerajaan khasnya dan penjara amnya. Syarikatnya ditawarkan dengan satu tugasan menguji sistem keselamatan satu penjara dikawasan yang dirahsiakan dengan jumlah bayaran berjuta dollar. Ray Breslin bersetuju namun rupanya dia menjadi tahanan di sana atas rencana rakan kongsinya. Bermulalah cerita bagaimana dia mencuba untuk membolosi penjara rahsia ini dengan bantuan Rottmayer lakonan Arnold Schwarzenegger.

Cerita ini hebat. Ia sangat hebat dengan lakonan Jim Caviezel sebagai warden penjara yang membuktikan melakonkan watak jahat tidak perlu terjerit-jerit tak tentu hala dalam setiap babak. Reaksi mukanya yang dingin, lontaran dialog macam kena ganja tapi bertabah menyebabkan aku sangat menyenangi watak ini.

Sly Stallone pada aku biasa sahaja. Tapi bila digandingkan dengan Arnold jadi kuat. Kuat dalam erti kata kalau Arnold ni takde, Sly pun mcm picisan aje. Diselitkan beberapa unsur lawak dalam filem ini dan percayalah ia sangat matang dan dewasa!

THE TOMB

Aku sukakan filem ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *