Ep.2 and Finale : Bajet 2012 POV Penerbit Rancangan

Bajet 2012 dah umum..yang suka, sukalah. Anda punya hak untuk suka. Yang tak suka pun sama. Itu hak manusia untuk suka, benci, mengeluh, komen etc dan etc lagi. Ulang lagi sekali, katalah ianya bajet pilihanraya, bajet beli jiwa hatta bajet beli bulu sekalipun – aku tak peduli sebab bukan aku pun buat bajet tu. Yang swasta tak puas hati itu dan ini, yang kakitangan kerajaan pun sama juga. Jangan kata semua kakitangan kerajaan itu pemalas, lembab, nak gaji bonus lebih padahal kerja macam siput..tak baik. Tak semua begitu dan swasta pun tak semua indah. Tapi untuk lebih adil, silalah merasa suasana kerja di jabatan kerajaan barulah tahu betapa banyaknya lagu-lagu dondang sayang yang beralun dan mengapakah ketidakpuasan hati itu berlaku.

Ok, cukup untuk pengenalan. Masuk cerita yang hendak dihikayatkan. Aku tak mahu cerita pasal bajet yang takde kena mengena dengan aku. Lebih adil aku tulis pasal bajet yang kena setepek pada muka aku.

1. Strategi merancak ekonomi domestik dan meligat pelaburan – ia, aku akur..bagus untuk pelaburan Unit Trust, amanah saham aku dan kalian juga. Langkawi akan bertambah cantik dan mantap dipeta pelancongan dunia.

2. Pendidikan percuma –didiklah generasi yang ada utk menghargai ilmu percuma. Pengalaman aku mengatakan benda-benda percuma ini susah dihargai. Peranan ibubapa sangat besar di sini. Perlu diingat, yuran sumbangan ibubapa masih ada. Jangan meroyan depan muka depan utusan, metro, TV3 hatta RTM kenapa kena bayar sekian-sekian-sekian sedangkan kerajaan kata percuma. Masih isu pendidikan, aku bersyukur atas komitmen memajukan taraf pendidikan kakitangan kerajaan dengan bantuan yang ada. Yang nak sambung belajar, ini masanya. Tahun ini aku sambung dengan duit poket aku sendiri sebab tahun depan baru dapat biasiswa (tidak ada bayaran tertunggak).

3. Memperkejap perkhidmatan awam -senarai ini panjang dan mohon bersabar dengan bacaan seterusnya.

a) kenaikan gaji 7-13 % itu rahmat ilahi sangat. satunya aku bersyukur COLA tidak ditarik dengan ramalan yang mengatakan akan ada kenaikan gaji antara 15-40%. Itu lebih dinanti daripada bonus berbulan-bulan tapi setakat ‘one-off’.

b) bonus setengah bulan, minimum RM 500..sudah dijangka. Ya aku setuju kalau kata petanda pilihanraya.

c) Ok, ini agak rumit nak dihurai. Tapi aku cuba sehabis baik..

Pada perutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah mengumumkan laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai;

Ini tidak ada kena mengena anti sentimen guru atau lain-lain prasangka. Aku faham, guru antara kakitangan kerajaan yang ramai bilangannya. Untuk itu banyak masalah dalaman yang menyebabkan guru seolah-olah tidak dibela nasibnya oleh kerajaan. Isu tak puas hati dengan kemasukan PTD dalam skim mereka juga satu kes besar yang menggugat peluang guru. Hakikatnya saban tahun yang naik elaun golongan itulah juga..insentif pelbagai bentuk pun golongan itulah juga.

Mari kita lihat skim M, yang mana sedap-sedap kicap mereka mudah naik pangkat dalam tempoh 5-10 tahun. Ya, itu rezeki, dasar dan istilah diplomatik apa nak pertahankan suka hatilah. Suami aku pun PTD. Aku tak cerita kenaikan dari satu tangga gaji ke tangga gaji lain. Aku persoalkan berapa lamakah tempoh matang untuk seseorang pegawai itu mengecap kenaikan satu tangga pangkat? 10 tahun?? 20 tahun?? Tolong terangkan aku yang malap untuk skim lain-lain…boleh juga aku memahami masalah kalian.

Untuk jawatan penerbit rancangan dalam skim B, 10 tahun bukan jaminan untuk naik satu tangga pangkat. 15 tahun kalau ada bernasib baik. Kenapa tidak ada satu jaminan durasi untuk fasa di atas berlaku seperti yang dikecapi oleh PTD khususnya dan guru amnya? Ini belum masuk kes senioriti mak nenek dan mungkin pilihan dewata langit ke 18 bagai. Minta maaf, aku tak amalkan kipas cap dewa angin dan turun naik pejabat orang besar untuk bagitahu aku buat apa dan promosi diri.

Guru, naik macam mana pun tangga gajinya masih mengajar. PTD masih mengatur polisi itu dan ini penerbit rancangan? Halo, ada yang tak terbit rancangan pun..perasaan ‘feeling-feeling’ menghantui diri. Aku sedikit pun tak terkejut bila mana golongan-golongan bukan pilihan ini menyemai bibit-bibit tidak puas hati dan tidak menyokong kerajaan. Tak payahlah cerita tonggak itu ini kalau pekerja sendiri terasa di anak tiri..Itu belum masuk wujudnya gred-gred baru yang tak pernah diiklankan. Aku susah untuk terima alasan ia diwujudkan atas dasar kepentingan sebab semua gred itu ada kepentingannya. Bukan sebab aku tak dapat…sebab aku tak faham. Program rating macam celaka pun masih utuh dipersada sedangkan yang ada potensi masuk tong sampah.

d) Kenaikan gaji tahunan ditingkat antara RM80 ke RM 320 mengikut gred – ya, terima kasih.

e) Pelanjutan umur pesara awam dari 58 ke 60 tahun. Ini juga panjang..sila bersabar dengannya

Kalau kerajaan merasakan mereka produktif, apalah daya aku nak kata. Lihatlah sekeliling pejabat manusia di usia syuruk ini berkerja macam mana. Yang bagus itu sebahagian sahaja.. Aku debatkan hal ini dengan suami aku dan katanya “maybe u tak akan rasa begini kalau u di usia diorang..”

Pertama sekali, aku tak nak kerja sampai tua bangka dah nak ke bawah. Kalau aku kerja pun, aku akan pastikan aku kekal relevan. Keduanya, aku mengamalkan hidup lagi sikit hutang, lagi bagus. Orang yang gembira kerja sampai umur 100 nie orang yang banyak hutang. Jangan kerana kepentingan diri sendiri lupa pula kadar pengangguran yang ada di negara ini. Kita menyebut tentang multi tasking kurang bilangan pekerja bagai dan masih kita dikelilingi kulapok yang menggila. Ketiga, katalah si anu pencen umur 60 tahun, kemudian ditambah pulak lagi kontraknya 2-3 tahun atas dasar kepentingan negara? Percayalah, semua orang penting untuk dasar kepentingan negara. Semua orang bagus kalau sistemnya bagus. Kalau orang tu mati, takkan nak pergi kubur dia dan merayu dia teruskan kerja?!!

Itu hanya sebahagian kecil yang aku luahkan. Banyak lagi..tapi aku simpan di hari dan waktu yang sesuai. Ya, aku bersyukur atas rezeki ini dan akan berkhidmat untuk ‘government of the day’.

Kakitangan kerajaan, sila berkhidmat dengan sehabis baik. Insentif bertabur depan mata. Tu sebab aku tak terasa kawan-kawan swasta mengomel sebab ada antara kita melepas batuk ditangga batu. Secara peribadi, aku akan pertahankan apa yang aku ada biar langit jadi sempadan. Aku mohon maaf atas sentimen umur. Aku menghormati yang tua, sumpah! Aku layan mereka sebaiknya selagi mereka tidak memperkecilkan aku. Kebanyakan krew yang berkerja dengan aku pun berusia dan aku gembira dikelilingi mereka yang banyak membantu aku. Mereka tidak dibilik berhawa dingin..kerusi sendiri pun tak tentu ada dipejabat.

Assalammualaikum, Salam 1Malaysia dan sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *