Entry 2: Ohai! Konsert Bon Jovi 2015

 

IMG_20150919_203554

19 September 2015…

Hari baru, start fresh. Lupakan apa jadi semalam walaupun bila teringat rasa nak meratap tu ada lagi.

Aku bangun sedikit lewat. Malam itu aku tidur dirumah mama. Main-main dengan Eskandar Dzulkarnain dan Ezzudin Dzulfikar sementara menanti Hadi sampai. Takdelah beriya-iya sangat sebab budak-budak berdua tu kalau dah pasang Barney memang kusyuk depan TV. Si Eskandar siap boleh tepuk-tepuk lagi bila lagu Clapping Song tu keluar.

Hari ini anak pakcik sebelah nikah. Jadi kami semua harus menghadirkan diri. Sebelum ke sana, kami ke AEON AU2 dahulu untuk membeli sushi untuk Eskandar, stok susu dan bubur untuk Ezzudin. Sempat singgah Starbucks untuk pekena Ice Caramel Machiato tripple shot. Kopi satu elemen utama yang boleh redakan stress – pada aku la. Untuk orang lain mungkin berbeza. Hadi pula tetap setia dengan Green Tea with whipped cream. Nama pada bekas take out tu special sikit hehehe..permintaan girlfriend angkat ­čÖé

12036832_10153343131509335_3613602514352270051_n

Kemudian barulah kami bergerak ke lokasi majlis di Kg Kemensah. Rasanya sudah lama aku tak pekena lauk kenduri yang serba-serbi sedap masakan katering. Untuk katering itu, Kak Benny kasik 8 bintang!  Lepas balik kenduri kahwin itu barulah mood konsert itu disemarakkan.

Mula-mula playlist lagu yang berkumandang ialah lagu-lagu Bon Jovi yang dijangka keluar berdasarkan set playlist Konsert Bon Jovi di Bangkok. Set playlist di Jakarta pun kami ada. Rasanya macam sama aje. Sikit lebih kurang hanya susunan lagu. Tapi dalam hati tu tetap harap ada keajaiban lagu Always dinyanyikan malam ini.

Set lagu di Bangkok. Sama aje...
Set lagu di Bangkok. Sama aje…

Misi pertama : Check in di Hotel Soleil. Aku dah booking hampir 2 bulan lepas kalau tak silap. Barang-barang kami pun tak banyak sebab semalam sahaja kami di sini. Esok Hadi kena kerja pula. Aku sebenarnya kategori regular juga di sini. Ini kunjungan ke 3 di sini. Pertama dahulu kami redah-redah aje masa sehari sebelum Tahun Baharu Cina. Ok puas hati bilik cun, lokasi lazat dan hiburan pun dekat. Kali kedua masa menyambut anniversary kami ke-15 tahun. Masa tu aku booking online aje. Nasib sangat baik sebab bilik kami di upgrade menjadi Premier. Tapi itu kes weekdays. Volume orang menginap di hotel pun tak ramai sangat. Tapi entahlah rezeki hari itu bilik kami dapat upgrade juga menjadi Premier. Bila ditanya ‘korang buat apa sampai dapat upgrade” aku jawab aku bergesel-gesel aje dengan Hadi depan kaunter tu ­čÖé

So kami check in dan melayan movie Get Hard. Kemudian Kimi sampai di hotel. Kimi antara kawan yang terawal menyatakan kesungguhan untuk pergi konsert Bon Jovi. Sudah ada geng. Wendy pun sama. Lebih best, dia pun menginap di Soleil, tapi bilik tak dapat upgrade (sorry beb hehehe…)

Kami mengambil keputusan untuk naik monorail untuk ke stadium. Kalau berjalan dalam 30 minit baru sampai. Stamina kena simpan. Tapi sebelum bergerak ke stadium aku, Hadi dan Kimi makan dahulu di Restoran Nasi Ayam Chee Meng. Fuh, memang lejen!

Menjelang pukul 6.00 petang, kami bertemu Wendy dan rakan-rakannya untuk sama-sama kami berjemaah ke stadium. Jadi kami yang bertiga sudah jadi berenam! Kimi dan Wendy dua-dua orang Sarawak. Jadi bila orang kampung bertemu memang macam dah kenal lama.

Sesampainya kami di perkarangan stadium, sudah banyak kedai-kedai di tepi jalan yang menjual segala macam jenis t-shirt, mafla, keychain dan bagai-bagai. Best juga kalau dapat pakai t-shirt Bon Jovi dan ambil gambar depan poster konsert. Alahai, mahal pulak..sehelai dalam RM50. Bila nak tawar bukan main sombong lagi. Kami terus ke ruang legar yang lain pula. “Takpe lepas konsert karang jadi RM10 aje tu” kata Hadi. Dia bukannya bengkek sebab harga tu tapi sebab sombong nau-nau tu.

Sebelum masuk, kami berposing-posing nakharom dulu. Bukan selalu buang tebiat sebegini. Kemudian kami membeli bekalan air konon-konon nak bawak masuk dalam stamina lepas penat menjerit. Huh, tak dibaginya bawak masuk air mineral…Aku pulak tak sempat buat bekalan dah habis air mangga sebotol. Aku rasa macam dehydrate semacam hari itu. Cuaca agaknya..

12027576_10153343484674335_445109312537771152_n

 

12019951_10153346810429335_9141209587944314634_n


 

Kami pun berdedai-dedai masuk ke stadium dan mencari lokasi terbaik untuk duduk. Ok la tempat pilihan itu walaupun agak jauh daripada pentas utama. Tiket pun paling murah, jadi pasrah ajelah. Aku perhati keliling. Stadium tak penuh sangat…orang ramai, tapi tak penuh. Hadi dan Wendy pergi masa Konsert Metallica. Kata diorang memang jauh sangat beza orang yang datang. Kalau ikut nafsu tu macam nak panjat juga pagar untuk masuk kat tengah stadium. Takpelah..tak berapa rajin. Dulu masa Konsert Andalusia M.Nasir iya aku panjat pagar sampai kena maki dengan abang Rela. 3 kali aje dia maki lepas tu dia fed-up dia biarkan aje..

Set konsert ini sangat hiba, seriously! Macam set dalam gua sampai aku namakan set itu set “Sahabat Gua”. Itu belum cerita sound system yang sedih pedih lagi menyedihkan. Langsung la tidak bergedegang-gedegung gegendang. Aku harap bila konsert bermula tidaklah seperti itu bayangannya.

12017691_10153176964960687_5801521414511173598_o

Sama aje – sedih!

Konsert dimulakan dengan lagu Who Say’s You Can’t Go Home. Aku memang bersorak-sorang riang dalam tu. Menyanyi dengan penuh keseronokan yang ada. Daripada lagu pertama sampai lagu ke-10 memang aku berdiri aje. Bukanlah nak kata lagu yang dinyanyikan itu tak best…best juga adanya. Tapi sebagai peminat lagu-lagu dia yang top, pastilah aku harapkan lagu-lagu macam Always, This Aint Love Song dan I’ll Be There For You tu ada. Wartawan wannabe di social ┬ámedia tak boleh nak acah-acah die hard cakap “setakat tahu 5 lagu tu ajet-ajet fanatik aje dengan abam Jovi”. Dia sendiri pun tak tentu ada dalam konsert tu.

Aku enjoy all songs. Adalah 3-4 lagu yang tak ┬áberapa nak familiar. Lantakkan aje..aku datang nak release tension kot. Paling aku suka versi akustik ┬áSomeday I’ll Be Saturday Night. Walaupun tang korus tu abam Jovi dah turunkan key, akak okey aje terjerit2 macam versi asal.

Lagu penutup – Livin On Prayer. Perrrrgh!!! Suasana dan perasaannya sangat champion. Satu stadium menanyi dan menjerit beramai-ramai. Kot pekik “we want more” chanting 10 minit pun dia dah nak bungkus dah. Memang takde slot tambahan. It was a good concert. I give it an okay-okay aje because i have seen better. Better itu tetaplah M.Nasir selamanya.

Apapun aku berjaya beli t-shirt selepas konsert berakhir dengan harga RM25. Oklah sebab lengan panjang…

Next month – Konsert Wings 30 Tahun. Tengah merangka-rangka tiket jenis apa nak dibeli.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Replies to “Entry 2: Ohai! Konsert Bon Jovi 2015”

  1. Aku seronok lepak dgn korang dari tengok konsert bon jovi…..harap ketemu lagi next month di stadium merdeka untuk konsert wings!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *