Entry 1 : Ohai! Konsert Bon Jovi 2015

IMG_20150709_064616_edit

Bermula dengan perkhabaran Bon Jovi akan mengadakan konsert di Malaysia, aku sudah memasang angan-angan untuk pergi. Masa Metallica datang ke Malaysia aku tak dapat pergi sebab masa itu aku tengah berpantang. Kebetulan Hadi juga minat Bon Jovi, jadi aku boleh pergi dengan dia. Apabila hasrat kami semakin jelas untuk ke konsert, kami berjaya mengumpulkan beberapa rakan-rakan yang mempunyai citarasa muzik yang sama.

Tiket konsert kami beli di Speedy Video di Paradigm Mall. Tiket paling murah aje pun. Walaupun tidaklah murah sangat, tiket konsert Bon Jovi lebih mahal daripada tiket konsert Metallica. Selesai bab tiket konsert.

Lepas itu penginapan pula. Walaupun konsert dibuat di Stadium Merdeka, aku dan Hadi tidaklah bercadang untuk menghabiskan malam minggu kami macam itu sahaja. Ini juga peluang untuk aku berdating berdua dengan Hadi sementelah Mama sudah sudi menjaga anakanda berdua pada malam kejadian. Aku berjaya menempah bilik di Hotel Soleil, bilik deluxe queen. Selesai bab penginapan.

Menanti hari menjelang konsert sangatlah mendebarkan. Kot-kot la ada event yang tidak diduga berlangsung pada hari yang sama tidakkah haru. Tapi aku memang nekad. Aku akan tepis juga apa jua acara yang mendatang sebab aku sudah beli tiket dan tempah hotel.

So bila orang tanya “kenapa awak tak pergi event XXX ni?” aku jawap aku ada hal yang tak dapat dielakkan.

“Tak boleh reschedule ke?” – tak boleh…

“Kenapa tak boleh datang?” – sedara saya datang dari jauh.

“Dia tak boleh datang lain kali ke?” – Wooooh, tak boleh. Last dia datang sini 20 tahun lepas. 20 tahun lepas ni tak tentu dia nak datang lagi… ¬†Soalan selalunya habis di sini sahaja.

Makanya aku menunggu 19 September dengan perasaan yang sangat seronok. Boleh dikatakan seminggu sebelum konsert hari-hari aku post videoklip Bon Jovi di Facebook. Ketika page rasmi  Bon Jovi di Facebook post gambar-gambar konsert Bon Jovi di Jakarta, mata aku meliar membaca beberapa post daripada penonton di sana.

  1. Lagu Always – tak ada!
  2. Lagu This Ain’t Love song – tak ada!
  3. Lagu I’ll Be There For You – tak ada!

Ah sudah…

Lepas tu pulak satu borang masa depan aku tak sampai ke mergastua atas masalah-masalah teknikal. Seharian aku menangisi nasib diri. Menitik airmata tu tak larat nak kira.

So JBJ, I really need you tomorrow.

12031581_10153176504560687_4264275665102658870_o

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *