RSS

Enter Pergi Jahanam 2.0

August 25

Dalam kalangan kawan-kawan di muka buku ini, ramai aje yang menjalankan perniagaan. Baik makanan, pakaian, insurans dan lain-lain, kewujudan anda memang diketahui khalayak. Siapa lagi nak support business kawan-kawan, kalau bukan kawan sendiri, ya.. dok. Tapi tak perlulah bagitahu sampai tahap memaksa lapan ratus enam belas juta kali sebab kalau kita nak, pandailah kita cari. Rezeki siapa, itukanĀ kuasa tuhan.

Bila meniaga ni, semua orang adalah prospek duit. Kawan tak kawan, kenal tak kenal belakang kira. Kalau kawan tu, senanglah sikit sebab dah kenal lama. Yang tak kenal tu payahlah sikit…sebab ramai yang kita kenal pun ada barang dagangan yang sama. Jadi of course kita lebihkan kawan-kawan yang kita kenal.

Ini Benny dah ke depan kebelakang kawan tak kawan ni, nak cerita apa sebenarnya?

Citer dia ini aje. Manusia ni, berkawan dengan aku pun tidak, bertegur sapa dengan aku pun haram jauh sekali apatah lagi menghantar kiriman ucapan raya dan hari jadi sudah berpuluh-puluh tahun lamanya. Punca simple….
Bestfren dia bergasak dengan aku, dan kemudian dengan aku-aku sekali kena island. Pernahlah aku datang jumpa dia dan jadi tiang letrik 30 minit sebelum aku wassalamu aje mereka, kawan-kawan mereka, keluarga mereka dan warna-warna kegemaran mereka sekali.

Oh, semalam dia add aku dalam media sosial. Rupa-rupanya sudah ada bisnes ya tuan puan. Nak cari prospek la tu.

Nama kau memang satu, sampai kiamat aku takkan lupa. Pantas aku ignore dengan ucapan ikhlas ‘ente pergi jahanam!’.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Posted by on August 25, 2018 in Macam-Macam Hal

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Skip to toolbar