Emosi Tak Stabil


Kenapalah hari ini Cik Puan Baini begitu emosi sekali? Permulaan harinya bermula dengan rasa menyampah dan benci di hati. Oh, ada sedikit rasa geli-geleman juga adanya..

Aku tahu..satu cara untuk cepat naik dan agar diri mendapat perhatian adalah dengan membuat-buat sibuk…menjadi kaki kipas sepenuh masa dan pak turut sepanjang masa. Tapi silap besarlah memerintahkan aku membuat itu dan ini agar ORANG ITU tidak dipanggil menjawap..Apa barang? Kalaulah semakin besar pangkat, semakin besar juga tanggungjawapnya. Memberi arahan pada orang bawahan agar berhati-hati supaya pundakmu tidak dimakan harimau bukan masalah aku syeikh….!!!! Silap-silap dengan diri yang mengeluarkan perintah pada aku akan menjawap apa juga tindakan aku..

Kena terimalah..kalau team aku buat silap pun aku sound juga, dan tunjukkan jalan yang aku mahu. Bukan marah semberono kemudian emosi sorang-sorang..

Semoga adalah antara yang bijak pandai nampak akan tarian yang dipersembahkan itu sesungguhnya buruk bebeno. Dan lagi satu..suka sangat berjanji dengan orang itu dan ini..

Jangan sampai ‘abusing’ kuasa yang ada… (ingatan untuk aku sepanjang hayat!)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *