
Berkuatkuasa 1 November ini, penjawat awam akan menikmati kadar baru terendah imbuhan tetap perumahan sebanyak RM300 sebulan berbanding kadar terendah RM180 yang diterima buat masa ini.
Pada tahun 2013, aku telah memberikan pandangan berhubung elaun perumahan sebelum Perdana Menteri membentangkan Bajet 2014. Ketika itu, rakyat dialu-alukan memberikan pendapat mereka untuk dipertimbangkan oleh kerajaan sebelum bajet dibentang. Aku tak ingat caranya bagaimana, tapi boleh rujuk post ini untuk #Bajet2014
Alhamdulillah semalam diumumkan kenaikan yang dimohon. Perkara nombor 2 yang aku suarakan itu belum menampakkan hasilnya lagi. Bertabahlah Beni…
