DURIAN UDANG MERAH YUM…YUM…

Ada satu masa yang aku betul-betul rasa macam nak nyanyi lagu Kci & Jojo, Tell Me It’s Real adalah bila aku berjaya jumpa durian warna kuning yang rasanya sedap melambung-lambung. Sebiji ini ngam-ngam 1 kilo, dan harganya RM21 dengan tajuk album udang merah.

Perasaannya macam bertemu cinta sejati. Indah, mengujakan dan membuat kau terkenang-kenang memori berkongsi Big Gulp bersama. Dan esok tu rasa tergedik-gedik tak sabar nak jumpa lagi walaupun assignment kau tak siap lagi.┬áMacam ada potensi aku repeat lagi esok ni…

So, kalau siapa nak beli durian yang cantik menarik tertarik kau memang da bomb ni, rojerlah Kak Benny kau. Dengan senang hati dia akan tunjukkan tempatnya yang hanya depan Petron Bandar Saujana Putra aje. Bolehlah kita makan bersama-sama. Kemudian mata kita pun bersinar-sinar…kemudian kita pun berjanji akan mengulang detik ini lagi.

#apabilakakbennymenulis
#udangmerah
#musimduriandatanglagi
#7of365

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *