Dua Setengah Inci!

HH-DOMINATE-21

Tiba-tiba keluar cerita masa konvokesyen nanti kena pakai kasut tumit bersaiz dua setengah inci. Punyalah tak feminin aku pasal arena perkasutan ini sampai aku sangsi betul ke tidak tajuk cerita ini dengan isi yang cuba aku sampaikan. Itu satu berita yang menakutkan sebenarnya untuk manusia seperti aku. Yang gemar berkasut sukan, berkasut tapak rata dan berselipar biasa. Dulu masa konvo degree tak pula muncul dakyah sebegini.

Kali terakhir aku pakai kasut tumit tinggi ialah semasa persandingan aku hampir 7 tahun lampau. Paniknya tak payah cakap. Lengan laki aku tu memang tak berani lepas takut-takut aku tersalah langkah lantas tersembam dihari berbahagia itu.

Semoga ini semua palsu. Susah sangat aku pakai boots dengan paku-pakis dikelilingnya!

uptown-2020blk-01

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *