Dua Kali Sawan Exam..

Dua minggu berturut-turut, keluar dari dewan dan sawan. Padahal bukannya tak membaca langsung. Siap dengan bermacam-macam rujukan lain untuk menambahkan pemahaman. Tapi itulah ketentuan Tuhan..Tak keluar juga apa yang diharap-harapkan.

Tapi tadi lain..dah jatuh tahap redha-berserah-pasrah-entahlah dan apa-apalah…Aku yakin bukan aku seorang. Yang lain pun sawan juga. Beberapa sessi perbincangan pun tak membuahkan hasil, tidak seperti exam yang pertama. Cuma advantage pada rakan-rakan lain mungkin part mana yang diorang tak baca, bila aku explain adalah masuk satu dua fakta dalm ingatan mereka (agaknyalah..)

Dan kesibukan ke arah exam hari ini menyebabkan aku tak boleh nak update blog. Takde masa….sungguh! Sampaikan Hadi nak tengok TV pun tak pasal-pasal aku baran, sebab aku study di ruang tamu.

Lepas exam, sangat amaaaan. Sessi melepak dan melepaskan tekanan sangat mengujakan. Aku sungguh lega. Nasib baik cadangan itu ditangguhkan selepas exam. Kalau tak, dua kali kena mengulang sessi luahan perasaan. Melepak makan di gerai tepi jalan di sekitar Kg Baru selepas sessi wajib adalah benda yang dah berzaman aku tak buat. Ada orang teringin sate padang…Aku hanya makan sate biasa..lebih sedap dan memenuhi kehendak perut.

Ya, Allah….apalah kesudahan keputusannya nanti. Susah hati memikirkan apa yang aku jawap. Tapi benda dah lepas..aku kena move forward. Tapi setidak-tidaknya aku sudah 70% boleh bertenang sementara menunggu satu-persatu urusan peperiksaan selesai. Beberapa masalah lain juga semakin surut kecuali masalah negara yang buat aku nak baring tengah jalan 🙂 Itu isu besar..tapi harus diusahakan dalam apa jua bentuk.

Hari ini hari lahir Mama..aku tak sempat balik rumah pun. Esok aku sudah berjanji akan masak spaghetti istimewa untuk semua. Dan minggu depan aku akan ke luar negara…Semoga dipermudahkan semuanya…Amin!

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *