Dua Juta Penghargaan

FB2million_edm

akusangpenerbit.com yang dikasihi,

Salam 1Malaysia!

Alhamdulillah, setelah empat tahun saya membuka akaun rasmi Facebook saya, saya telah menerima lebih 2 juta “likes” dari rakan-rakan Facebook saya. Sewaktu angka ini mencecah 1 juta awal tahun ini, saya telah bertemu sendiri dengan pemegang akaun kesejuta itu. Kali ini, saya dedikasikan penghargaan saya kepada kesemua rakan-rakan Facebook saya melalui laman web mikro yang dibina khusus untuk anda semua. Anda boleh melayari laman web mikro ini di http://www.1malaysia.com.my/2millionFB/

Tidak lama lagi, kita akan menyambut tahun baru 2014. Dengan kehadiran tahun baru, kita akan berhadapan dengan lebih banyak cabaran, namun lebih banyak keriangan dan pencapaian turut menanti kita. Marilah kita bersama-sama terus berganding bahu untuk membangunkan negara sehingga tercapai aspirasi kita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

Layari http://www.1malaysia.com.my/2millionFB/ untuk melihat keistimewaan laman mikro ini, untuk anda semua.

Najib Razak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *