Dilema Penerbit Katanya…

Aku tak tahu siapa yang menulis artikel di atas. Aku hanya nak mengucapkan tahniah, badak..atas ruang masa dan penyelidikan oleh penulis walaupun ada lagi yang boleh disuarakan (ataupun sudah disesah oleh editor barangkali). Penulis ini jika lelaki punya kerandut dan jika perempuan punya errr lipstick kot kerana daripada mengompang tak tentu hala, dia bersuara.

Boleh juga untuk katakan ia luahan manusia kecewa. Juga kerana dia tak puashati tak dapat, lantas dia bersuara. Pokoknya dia tak dapat jawatan itu walaupun dia punya kriteria untuk layak.

Nah,apakah syarat layak? Aku enggan buat ulasan artikel sebab ikut logik bahagian sumber manusia, research atau strategiklah wajar buat. Ini bukan tajuk tesis aku pun. Buang masa aje penerbit yang tidak tahu pentadbiran katanya buat kajian.

Aku tak kuasa nak jadi mak sudin dan mak jeton. Itu purba..kita kena jadi penerbit dengan kuasa baru. Apa yg membezakan manusia ialah akalnya. Gimana dia menggunakannya dengan sebijaksana mungkin. Jika dia memilih menjadi Yuyu dan tisu jamban, jangan berkompang. Itu bakat dan seni mereka. Apa yang kalian buat untuk keluar dari Dark Age ini? Tidak akan ada Spartacus, Robin atau Throbin Hood yang membantu apatah lagi ahli parlimen Angkasapuri yg sering aku guraukan untuk menjadi pejuang kita.

Yuk bangun dan cium bau kopi…Jadah apanya surat merayu untuk dipilih dpt jawatan itu. Kita ini permata..campaklah manapun sinaran itu benderang sampai gugur rambut dan kataraks retak. Bukankah patutnya jabatan tahu? Itu misteri, aku akur dan aku yakin rasa bersalah menghantui perjalanan mereka kerana kekangan yg mereka terima.

Aku dak Sacred Valley dan Diamond Garden..aku tahu 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *