Dejavu..

 

Secara mudahnya dejavu membawa maksud sesuatu situasi yag dilalui, seolah-oleh kita pernah melaluinya atau merasanya sebelum ini. Klasik penggunaannya dikalangan masyarakat kita ialah ‘seperti pernah aku lihat, tapi di mana?’ Sepanjang usia yang dipenuhi mimpi-mimpi, dan bila adanya salah satu dari mimpi itu seolah kita sedang melaluinya di alam realiti. Nah, bolehkah ia dikategorikan sebagai dejavu?

Ada pendapat yang mengatakan ia tidak mustahil. Di alam mimpi seolah-olah kita melihat air terjun yang cukup indah atau satu kawasan yang kerap dikunjungi di alam mimpi. Satu hari, tanpa disedari anda mampir dilokasi itu – secara sengaja atau tidak dan merasakan seolah-olah anda pernah sampai ke sini.

Ia pernah terjadi. Sudah beberapa kali rasanya. Paling klasik adalah satu mimpi berulang di mana aku berada dalam satu kawasan yang penuh pokok-pokok menghijau. Ada taman…tiada penghuni. Pendek kata, setiap kali adanya mimpi berulang, aku pasti di kawasan itu. Di alam realiti, aku pernah terlalu di kawasan itu. Eh, macam familiar.. Saat aku mengingati imej-imej kabur dalam alam separa sedar  – secara langsung ia terpancar jelas dipandangan. Tapi setakat itu. Tidak pula aku kaji apakah disebaliknya. Mungkinkah aku akan beli rumah di situ atau di situ akan berlaku detik signifikan dalam hidup.

Mungkin aku patut melepak lebih lama di sana..Cara itu, aku mungkin ketemu jawapannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *