Day 1 Huahin : Kenapa Huahin?

 

Dalam kepadatan hari Jumaat nan berkah ini, aku cuba untuk ceritakan pengalaman aku bercuti di Huahin. Apa juga sudut pandang aku tentang tempat ini tetaplah bersifat peribadi juga adanya. Ia tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur luar melainkan faktor akal sihat dan tidak sihat kala kembara itu berlangsung.

Aku menaiki penerbangan AirAsia untuk ke Huahin. Kos sangat berbaloi lebih kurang RM250 untuk tambang pergi balik, extra luggage (konon feeling-feeling nak shopping) dan nunek-nunek pakej lain yang logik untuk aku ambil. Seperti biasa, aku melanggan insurans AXA dengan nilai RM30 yang melayakkan aku mendapat pelindungan premium. Masa beli tiket ini, apa yang aku fikirkan hanya “nak terbang…mana-mana pun takpe…asal tiket murah.” Tarikh yang sama aku usha untuk ke Vietnam, tapi harga sangat Serbia – sama dengan kos tiket sehala untuk ke Osaka.

So, Huahin it is…

Aku menempah hotel dengan menggunakan Agoda. Kalau pandai mengail, insya Allah akan jumpa tawaran-tawaran yang menarik. Untuk dua malam pertama, aku menginap di Hotel Chalelarn (RM400) dan lagi dua hari aku bertukar hotel dikawasan tumpuan pelancong asing pula iaitu Hotel Palada by Sukassem (RM250). Rate hotel di sini, lagi dekat dengan laut lagi munafik harganya. Aku tak kata tak logik, just that kita boleh spend nilai yang sama dengan view dan pengalaman yang lebih meriah – tapi di tempat lain!

Itinerary aku buat seminggu sebelum tarikh kembara. Agak mencabar juga sebab walaupun berdasarkan Google maps, aku tak berapa jelas juga tentang struktur muka bumi Huahin. Benda paling aku nak elakkan bila buat jadual ialah laluan berpatah balik, turun-naik turun-naik macam takde pedoman.

Aku pernah baca pasal Huahin. Ramai cakap cantik, berbaloi dan banyak tarikan. Ya, dalam kepala otak aku sudah membayangkan Santorini dan Swiss Sheep Farm. Namun, yang menarik perhatian aku ke sana adalah Nakhon Cave. Berdasarkan gambar dan review, aku positif tempat ini berbaloi untuk aku singgah. Sebenarnya, aku rindu Gua Niah. Aku sudah ke sana dua kali, tapi dua kali itu tidak cukup hahahaha…

Basically, itu sahaja persiapan aku sebelum mula bercuti.

 

23 April 2019
Beberapa jam sebelum ke KLIA2 baharulah aku kemas beg. Bawa seadanya (kan feeling-feeling nak shopping.) Aku menaiki teksi Abang Lukman untuk ke sini. Sedar tak sedar, sudah hampir 5 tahun aku menggunakan perkhidmatan beliau setiap kali mahu ke lapangan terbang. Rutin biasa, membelai jiwa aku dengan kopi mahal dan makan sebelum terbang. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja. Tidur pun tak sempat nak mimpi. Urusan imigresen dan kastam di lapangan terbang ini adalah memuaskan, berbanding di Pattaya.

 

 

Dari lapangan terbang ke hotel, aku menaiki Grab dengan kos THB190. Kalau naik teksi lebih mahal manakala naik tuk tuk pula mengarut. Tak jauh sangat pun, dalam 7km sahaja. Urusan daftar masuk hotel juga lancar. Yang tak lancar cuma kesihatan aku sahaja. Aku mula rasa uneasy, nak bernafas agak payah dan wheezing.  Mujurlah sebelah hotel ada farmasi dan aku stock up ubat-ubat yang perlu aku ada macam lozenges, ubat batuk dan Vicks. Disebabkan mahu berjalan malam, aku mengambil keputusan untuk tidur sekejap.

 

 

CLOCK TOWER
Tempat pertama yang aku tuju ialah Clock Tower. Tak berapa jauh dari hotel, lebih kurang 5 minit berjalan. Tak besar sangat…lebih cantik di Taiping. Punyalah aku terkedu dengan rupa paras Clock Tower ini sampaikan aku boleh tak perasan akan kewujudan Starbucks betul-betul sebelah Clock Tower itu.

 

Berdekatan kawasan itu juga, ada gambar raja mereka dan aku bergambarlah di sana.

 

 

HUAHIN NIGHT MARKET dan CHATSILA NIGHT MARKET
Hmmmm…keluh kesah mak esah aku bermula di sini. Tidaklah semeriah yang aku bayangkan. Barang pun yang boleh kita dapat setiap kali ada MATHAF atau sudut-sudut kecil dalam Giant/Tesco. Secara peribadi, night market di Koh Samui lebih giler kalau kita dapat pergi sebab selain pakaian, jam dan kasut, banyak barang-barang rare ada di sana. Pergerakan aku agak perlahan sebab aku sangat rasa tak sihat. Nak makan pun takde selera. Mujurlah tengah hari tadi aku sudah makan di KLIA2.

By the way, kedua-dua pasar ni dekat-dekat aje. Confirm akan jumpa…

 

***

Dalam perjalanan ke Clock Tower, aku disapa oleh ejen pelancongan yang menawarkan khidmat sewaan kereta. Harga bermula dari THB1500 sehari. Ada beberapa lokasi yang akan mereka bawa bermula pukul 9:00 pagi – 5:00 petang. Driver Grab tadi juga menawarkan sewaan kereta dengan nilai yang sama. Jadi aku negotiate la dan akhir penggulungan, aku dapat harga THB1200 sehari. Ok la…lebih kurang kos sewaan yang aku dapat dari kajian pasaran. Kalau ambil di hotel, mereka cas THB2000 dan boleh pilih 4 lokasi aje.

 

Balik sahaja hotel, aku terus ke bumbung hotel. Ada swimming pool di sini. Tapi itulah….aku tengah bulan mengambang terang – bintang bulan dilangit tinggi pokok banyak di atas gunung, bangun pagi gosoklah gigi jangan suka duduk termenung. Jadi aku melepak menikmati udara malam sambil mengenang nasib diri hahahaha…Agak bosan sebab tiada siapa yang boleh aku buat kawan di sini.

 

Jadi aku terus masuk bilik, makan ubat secukupnya dan tidur. Sebelum itu, sempatlah aku video call dengan anak-anak. Judin memang tak kisah aku ada ke tidak, tapi Eskandar kehilangan. Sedih aje dia masa kami bersembang…Nak mama, mana mama…Yup, aku goyah kejap 🙁

Ok setakat itu dulu, nanti lapang aku sambung dalam catatan seterusnya.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *