Datuk S…

Semalam aku dan Areen melepak-lepak di sebuah kedai kopi terkemuka di Bangsar Shopping Centre. Ini pertemuan pertama kami secara berdua selepas seminggu lebih dia mendirikan rumahtangga.

Baru saja melabuhkan punggung dibangku, aku tersedar seseorang.
‘Eh, itu macam Datuk S’ aku amat yakin dan terus merapati beliau.
Dengan selamba aku menegur beliau sambil mencicirkan gelaran Datuk yang diterima.

‘Hi S…ingat i lagi’ sapa aku penuh confiden. Dia agak terpempan, dan cuba mengingati.
‘Aku la..Baini’ aku cut short
‘Oh, ya la..la..la…’ balas Datuk S dan kami bersembang sebentar sebab Areen menunggu. Lagipun aku tak selesa bersembang lama-lama di kala aku datang dengan seseorang.

Aku terus kembali ke meja asal dan sambung bersembang dengan Areen. Beliau juga tak lama, tapi sebelum berlalu, beliau sempat meminta diri untuk beransur…

Itulah kawan zaman kanak-kanak dulu. Member yang dulu begitu skema duduk disebelah aku. Sama-sama masuk pertandingan bercerita dan sama-sama kena denda oleh seorang guru yang garang tak bertempat. Antara kawan-kawan satu aliran, rasanya dia yang pertama mendapat gelaran Datuk. Tak mustahil pun…sebab dia antara yang termuda pernah mendapat tajuk itu.

Apapun, aku berbangga dengan dia..Hai, bilalah aku nak jadi Datuk? Tak jadi Datuk jadi Datin pun tak mengapa…..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *