Dark Shadows : Filem Yang Sepatutnya Luarbiasa, Biasa-Biasa Aja

Ahad minggu lepas, aku dan Hadi menonton filem Dark Shadows di The Summit USJ, tempat biasa kami dating dan menonton wayang sejak 11 tahun lalu. Sebelum menonton wayang, kami membeli beberapa pasang seluar dan baju sebagai persediaan sebelum badan aku membesar bagai Johan.

Aku memang nantikan filem ini atas dua sebab utama – Johnny Depp dan Tim Burton. ┬áMungkin salah aku juga meletakkan harapan yang tinggi pada filem ini. Secara pukul rata, aku beri 6/10 sahaja skala tonton untuk Dark Shadows. Ia tidaklah lucu sangat, tidaklah menghiburkan sangat – semuanya atas par sahaja.

Plot ceritanya sangat mudah. Barnabas (Johnny Depp) membesar di Collinwood sebagai seorang kaki perempuan disumpah oleh Angelica (Eva Green) kerana cintanya tidak berbalas. Angelica, seorang ahli sihir menyumpah Barnabas menjadi seorang pontianak yang tidak akan menemui kebahagiaan sebelum akhirnya menanam hidup-hidup Barnabas yang masih enggan menerima cinta Angelica. 200 tahun kemudian, kerandanya dijumpai, dia kembali ke Collinwood, berjumpa waris, jatuh cinta dan balas dendam. Semudah itu ­čÖé

Selain Johnny Depp, filem ini dibarisi oleh pelakon yang hebat seperti Michelle Pfeiffer, Helena Bonham Carter, Jackie Earle Haley, Jonny Lee Miller, Eva Green, Chloe Moretz, Bella Heathcote, Thomas McDonell, Gulliver McGrath.

Sudahlah filemnya bertahap biasa-biasa, tontonan aku diganggu oleh pasangan sengal mana entah. Yang gelak tidak mengikut cue, tak tentu hala dan menjengkelkan. Sabar ajelah. Aku masih dengan kata-kata, rupa yang handsome tidak dapat menghilangkan rasa kesal atas masa yang terbuang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *