Dari Kg. Baru Ke Jalan Doraisamy…

image

Malam itu wajar menjadi epik. 5 sahabat berkumpul di Bangsar sebelum Gen2 hitam yang dipandu lagak samseng membelah jalanraya menuju Kampung Baru. Jenuh aku jerkah lagak bahaya pemandu namun kadar keyakinan dan jati diri beliau yang tinggi hanya mengandalkan suara aku umpama angin lalu.

Hampir tiba di destinasi,keangkuhan pemandu sangat terang sehingga tidak langsung mempedulikan suara pemilik kenderaan memberi tunjuk arah jalan. Tapi,tiada kesalahan di sini kerana ada suara menyatakan arahan umpama dalam kelambu lantas menjadikannya bertekad untuk membawa pembesar suara sekiranya momen ini berulang.

Sate padang dan sate Wak Din dipesan untuk ditapau. Ya..ada 2 jenis sate di sini kerana selera kita berbeda. Perjalanan diteruskan ke Jalan Doraisamy. Mujur kesabaran dihati mengelakkan insiden menuam sate panas dan menggunakan lidi sate sebagai senjata berjaya dicegah.

Sup Abu dipesan 3 mangkuk dan kami menjamu selera dengan sesungguhnya. Ini kali pertama salah seorang dari kami yang bujang sementara mencuba sate padang. Lupa aku bertanyakan komentarnya. Berdasarkan makanan yang tidak tersisa,rasanya beliau okay saja.

Kami berborak dari satu cerita ke cerita lain. Punyalah rancak..tapi topik anjing menguasai perbualan. Sembang macam berbulan tak jumpa sifatnya. Mujur ada yang terkucil menjadikan pertemuan hari ini perlu diringkaskan sebelum ada yang menyumpah-seranah.

Buat sahabatku, selamat menempuh kehidupan baru..Semoga pertukaran status itu tidak mengubah persahabatan kita,sebaliknya lebih akrab kerana kami menerima seorang sahabat baru dalam ikatan persaudaraan ini.

image

image

image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *