Damia

maxresdefault

Beberapa hari lepas, kecoh sekejap pasal nama Damia. Nama itu dikatakan membawa maksud yang “kurang baik”. Sebagai salah seorang jawatankuasa pemilihan nama dalam keluarga, ingin aku tegaskan tiada ibu dan bapa yang akan memilih nama yang memberi maksud yang tidak baik kepada anak mereka. Tidak bermaksud memperkecil apatah lagi memperlekehkan pendapat bijak pandai, tetapi lebih kepada betapa mudahnya pembaca tunduk kepada pendapat netizen.

Aku tidak mahu mengulas maksud nama dalam bahasa Arab, Jawa, Sanskrit, Urdu dan Sunda bagai-bagai ini. Again, setiap ibu dan bapa melalui satu proses pencarian yang penuh dengan rujukan sebelum meletakkan nama anak mereka. Mungkin kerana maknanya, mungkin juga kerana kekaguman nama seseorang individu itu menyebabkan dia memilih sesuatu nama – dengan harapan anak itu akan menjadi seperti tokoh yang namanya dipilih. Pada aku itu justifikasi yang logik.

Sekarang ini, bukan kerana nama seseorang individu itu menjadi atau tidak. Ya, aku tahu nama yang baik seperti doa jika selalu disebut. Tidak aku sangkal sama sekali. Tapi kalau namanya baik tapi pembawakannya tak betul, letaklah nama Muhammad hatta Jesus sekalipun rosak juga individu itu. Peranan ibu bapa dan individu itu sendiri sangat penting dalam membentuh sahsiah dan jati diri.

Aku ingat satu masa dahulu kecoh pasal jangan beri nama anak Balqis, Najwa, Zakuan, Batrisya, Elisya dan Mazida. Membawa maksud anak jin la, mudah kena sampuk la….Balqis – Ratu yang memerintah kerajaan Saba. Nama arwah anak aku sendiri Cahaya Balqis. Mahu tak mendidih darah aku dibuatnya. Sedar tak Balqis itu isteri kepada Nabi Sulaiman, jadi nabi sendiri beristerikan anak jinkah?

Sempat aku mencari komen-komen Ustaz lain untuk aku sandarkan dan catatan di bawah aku copy & paste untuk bacaan kita semua.

Respon drp Ustaz Zaharuddin.net mengenai isu nama2 anak jin yg boleh mendatangkan penyakit apabila diberi nama2 ini :

Respon 1 : Tiada sbrg dalil yg sohih berkenaan nama2 tertentu adlh nama anak JIN, lalu dikatakan jika diguna & dipanggil kpd anak kita, lalu anak kita akan ditimpa penyakit misteri. Hal ini sama sekali TIDAK BOLEH DIPERCAYAI, malah bercanggah dgn firman Allah surah al-Naml ayat 65. Malah boleh termasuk dlm men’sial’kan nama tertentu, jika itu berlaku boleh jatuh syirik, Nabi bersabda :???????????? ?????? ? ???????????? ?????? Ertinya : Sial menyial itu syirik, sial menyial itu syirik ( Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi). Berhati2lah.

Respon 2 : Saya baru sahaja menghubungi Dato’ Dr Haron Din berkenaan nama-nama yang dikatakan anak JIN, beliau MENOLAKNYA dan juga menggunakan ayat 65 surah an-Naml menolak pengalaman tertentu sesiapa jua yg mengatakan nama2 tertntu boleh membawa penyakit misteri. Cuma hanya ada nama JIN yg disebut di dalam hadis shj yag elok tidak digunakan spt Azazil, Wiswas, Khannas, Murrah, Harb, Soba & brbp yg lain disebut dlm hadis, Itupun tidak sohih jika guna maka akan kena sakit misteri. Ia bercanggah dgn Al-quran.

Rujukan : Fb ustaz zaharuddin.net

 

Respons dripada Ustaz kazim -> Itu nama yg dia biasa merawat dan kebetulan pesakit bernama tersebut..kebetulan berdasarkan pengalaman beliau maka tak salah nama tersebut diberikan kpd anak.

Rujukan = http://tanya-ustaz.27233.n3.nabble.com/Nama-nama-anak-Jin-td3620661.html  

copy paste dripada : http://khairexplorer.blogspot.com/2011/12/nama-nama-anak-jin-benar-atau-salah.html

Tapi adalah satu kes ni…si anak beriya-iya pergi ke mahkamah untuk menukar namanya, macam kes Damia tu. Jadi sebelum proses dibawa ke peringkat seterusnya, pegawai yang mengambil laporan pun tanyalah soalan-soalan kepada empunya nama ni.

Pegawai : Kenapa Encik nak tukar nama ni?

Pengadu : Saya nak tukar nama. Encik…saya malu. Maknanya tak bagus.

Pegawai : Siapa nama encik?

Pengadu : DamAji…

Ha, pandai tak Kak Benny buat kelakar kwang kwang kwang….

name-quote-1-picture-quote-1

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *