Dah Uzur Syarie..

Sudah hampir 2 tahun aku menggunakan Bold 3. Ingat lagi masa itu, sangat benak aku menggunakannya. Tapi lama-kelamaan barulah terasa mahir dan selesa. Dialah peneman aku ke mana sahaja dan sangat gembira aku dengan perkhidmatannya-kala itu.

Hari ini sahaja sudah 3 kali aku cabut bateri dan restart kembali. Tanda-tanda awal kebengapan sudah ada 3 bulan lalu tapi aku abaikan atas dasar mungkin boleh tukar bateri. Makanya ia mungkin sihat kembali.

Popmyberry sudah 2 kali aku kunjungi. Bateri baru habis katanya. No telefon juga sudah aku tinggalkan namun sepi belaka.

Hilang sabar aku begini. Rasa nak aje aku gantikan dengan Lumia atau HTC. Memandangkan perbelanjaan yang sedikit meningkat aku terpaksa memikirkan apa yang terbaik dalam satu dua minggu ini. Perasaannya macam nak beli tab. Tapi aku tak tahu apa yang sesuai tambahan harganya yang macam tak reti nak turun.

Ada lagi meja yang terbalik karang 🙁

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Replies to “Dah Uzur Syarie..”

  1. kak, diorg kata try letak batt semalaman dlm freezer.. pastu biar kt lua smpai ilang sejuk (suhu bilik) then charge batt mcm biasa.. pastu ok blk batt tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *