Cuti – Cameron Highlands

P/S: ENTRY INI PATUT AKU POST SEMALAM..TAPI PUAKA BLOGGER NIE TAK BOLE LOAD GAMBAR PLAK..

Untungnya tak payah kerja Sabtu-Ahad. Boleh digunakan untuk mengeratkan hubungan dengan famili dan kawan-kawan.

Cadangnya aku mahu ke Negeri Sembilan, melawat kembar di sana sementelah kakak dan adik-adik semuanya ada di rumah adik lelaki aku. Tapi kerana Aisya dan Meera datang rumah malam Jumaat lalu lepas aku siaran, jadi kami merencana agenda lain. Nak ke Genting Highlands macam malas. Jadi adik berdua mencucuk kami untuk ke Cameron – membeli bekalan teh yang habis katanya.
Ok la…aku dan Hadi setuju. Kakak pun terexcited sama dan akhirnya kami ke sana dengan harapan adanya hotel yang tersisa. Dengan rate yang agak reasonable, kami bermalam semalam di sana.

Mencekik KFC..
Aisya, Hadi dan Aku berposing..
Ameera pun nak jugak pas tgk kami berposing

Ada peristiwa ‘ngeri dan menakutkan’ terjadi sampai kami yang dewasa ini terpaksa ke balai polis. Mujur semuanya selesai. Tapi dalam hati aku nie agak sedih dan kecewa jugak la..
Agenda mencari kura-kura tak berapa meriah sebab anak-anak saudara semuanya buas-buas belaka. Tapi apa yang penting, kami habiskan masa bersama-sama – walaupun!
Next time aku harap mama dan famili Ali ada..lagi meriah dan bermakna.
Feeling-feeling kenangan manis kau dan aku..
Aisya, kakak dan Danish..Turut kelihatan, encik Ultraman. Akhirnya Ultraman tu terlepas ke planet lain..
p/s: Mama selamat sampai dari Bandung..harapnya ada kura-kura untuk aku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *