Ini kali pertama aku masak rendang jadi aku agak eksaited di situ. Resepi ini aku dapat dari blog KakJee. Setelah mencubanya, memang sungguhlah sedap. Ia ringkas, mudah dan sedap. Rasanya aku selalu makan rendang ayam seumpama ini setiap kali membeli nasi lemak di Taman Permata sekitar 15 tahun lampau. Setelah siap masak dan selesai makan, aku sedikit tertanya-tanya kenapa rendang ini tak gelap sangat. Mungkin santan terlebih kot. Apapun, kalau aku meniaga nasi lemak dan mahu membuat rendang ayam sebagai lauk tambahan, cara ini lebih mudah dan berbaloi.
