Corat-Coret 19 September 2015

funny-audinces-in-concert-pee-problem

Setelah dua post penulisan panjang berjela tentang Konsert Bon Jovi di Kuala Lumpur pada 19 September 2015 yang lalu, kali ini aku ingin menambah satu lagi posting berkenaan tarikh itu – tapi secara ringkas aje buat ingatan aku sendiri. Sebenarnya setiap point itu layak mendapat cerita penuhnya sendiri. Tapi nak buat macam mana, tuan tanah tak selalu ada masa nak membajak berelung-relung catatan ­čÖé

SEBELUM KONSERT

  • Eskandar Dzulkarnain & Sushi – Anak seorang ni kalau kami berdua ada memang susah betul makan nasi. Tapi dengan Tok Mama dia laju aje makan semua benda. Jadi sebelum kami berdua berjimba-jimbaan di Konsert Bon Jovi petang itu, kami belikan dia sebekas sushi dahulu.
  • Di Starbucks Aeon AU2, kami singgah di Starbucks. Aku minta Ice Caramel Machiato Tripple Shot. Adik tu tanya, “akak tak mahu 4 shots ke?” Eh, boleh ke? Saya dah bayar? “Boleh aje sebab memang sekali keluar dua.” Mendapat 4 shots…
  • Playlist lagu untuk konsert – Set lagu kami dapat sehari awal. Tapi aku sangat sibuk lain-lain hal. Lagu yang ada bukannya tak tahu, tapi tak hafal. Aku minat JBJ, tapi bukan ‘die hard’ fans dia. Rasanya lagu Blake Shelton lebih banyak aku tahu daripada lagu JBJ.
  • Kalau dah tahu minggu tu nak pergi konsert dan pastinya tak selesa dengan jamban awam, sila jangan mengada-ngada nak minum air detox – true story. Entah berapa kali aku kena ‘take five’ sebelum konsert berlangsung. Maka dengan itu kapasiti air yang masuk sebelum konsert pun terpaksa dicatu. Tapi dengan faktor cuaca kita, terpaksalah juga aku togok sebotol sebelum konsert bermula. Mujur sistem perkumbuhan memberikan kerjasama.
  • Tak payahlah beli t-shirt atau memoribilia ┬ásebelum konsert. Satu harganya agak mahal. Tapi harga itu subjektif. Yang sombong tu aku sakit hati sangat.

Masa Konsert

  • Masa konsert tu ada seekor tapir betina dengan dress putih tali 3cm mengepam rokok Semporna. Sangat tak kool sis sebab walaupun kita open air aku tak perlukan smoke machine kau, dowh!
  • Perempuan ajet-ajet moden baru belajar hisap vape memang bangang – true story. Dalam stadium tu ramai aje yang lelaki hisap vape, tapi takdelah sepanjang masa. Dik kalau kau nak menyedut sangat akak advise kau amik gas aje kat PPUM.
  • Terima kasih sikit-sikit sebab asap vape point di atas tu berperisa mangga dan selang-seli strawberi, jadi bau pembakaran kretek tapir betina itu dapat dikurangkan.

funny-pictures-auto-775673

  • Set konsert aku dah bagitau semalam – macam set dalam gua. PA system menyedihkan setakat dengar bunyi aje. Camera shot lagilah rasa nak turun buat sendiri. Kamera macam pacak – lock – pastu sapkoklu.
  • Oh, kalau nak mempropose proposal propoganda masa konsert ni sangatlah attention seeker. Kot bercerai nanti nak announce masa konsert jugak ke?
  • Dalam satu konsert, mesti ada beberapa ekor banshee yang terpekik-pekik tak tentu hala. Bila suasana mula kool sikit lepas satu-satu lagu, tiba-tiba banshee ni menjerit lagi – suara dia aje. Itu belum jenis mengkuda tak tentu tujuaan – “neighing” dengan desibel yang menyesakkan telinga.
  • Air mineral botol kecil tu dijual RM5 sebotol. Giler mahal…memang aku tak beli. Air pulak tak boleh bawak masuk stadium. Meh…!

Selepas Konsert

  • Lepas konsert ada satu kumpulan bergambar dengan bendera Sarawak terentang megah. Terus aku tunjuk pada Kimi dan Wendy. ‘Eh, korang tak nak join diorang ke?’ Mereka terus ke tempat itu dan ┬ákemudiannya bergambar bersama-sama, kumpulan tu siap tolong lagi member aku panjat pagar nak naik atas. Aku tengok aje keliling. Bendera Selangor takde..Melaka jauh la. Jadi aku dengan Hadi duduk menunggu di tempat kami sambil memerhati orang keluar stadium.
  • Konsert seronok pergi beramai-ramai. Hari itu kami pergi 6 orang. Harapnya masa konsert Wings nanti boleh pergi lebih ramai supaya lebih meriah bersama.
  • T-shirt yang langsung tak boleh ditawar-tawar tu turun harga. Ada yang jadi RM30, RM20 dan RM10. Pilih aje yang mana mempunyai tawaran yang menarik poket anda sesuai dengan vokal mereka memanggil pelanggan.
  • Masa nak bergerak balik ke hotel, aku lihat banyak gelandangan mengisi pinggir-pinggir bangunan, tangga dan lorong. Sangat sedih dan mengharukan. Aku kasihankan anak-anak yang kecil menangis mungkin kesejukan..atau mungkin kepanasan ditambah kelaparan.
  • Disebabkan Ice Caramel Machiato 4 shots tu pukul 4 pagi baru mata terhegeh-hegeh nak tido – Mendapat mata panda!

concert

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *