Copy & Paste Punya Hal..

Banyak kawan aku jadi PR. Antara yang paling hebat Aziz la kot..sebab yang lain tu aku tak berapa keep in touch. Aku juga ada kemahiran PR yang bagus, cumanya minat pada penyiaran lebih mendalam..

Salah seorang kawan aku, menjadi PR disebuah syarikat yang sentiasa berhubungan dengan orang ramai. Jadi menjelang musim perayaan ini, ramailah yang datang RTM untuk mempromosikan apa-apa yang patut. Nak dijadikan cerita, aku berurusanlah dengan sahabat ini..Tapi disebabkan aku mempunyai 2 AP, maka selayaknya berurusanlah dengan kakitangan aku itu. Mungkin kerana dia juga mempunyai orang bawahan maka berurusanlah mereka tanpa kami merendahkan kebolehkan berkerjaya masing-masing.

Satu faks singgah dimeja aku. Untuk rancangan Malaysia Hari ini, bertarikh 16 September 2008 dan itenary lain yang takde bersangkutan dengan RTM. Aku hati sudah panazzzz…Nampak sangatlah copy & paste soalan yang sama tapi terlupa nak tukar nama penerima.

Terus aku capai marker, bulatkan kesemua kenyataan di atas. Dan aku titipkan kata-kata rindu diangin lalu – SAYA RASA TUAN SALAH FAKS.TQ dan cop rasmi nama aku dan re-faks pada mereka`.

Yup..kemudiannya dia telefon dan mohon maaf atas kesilapan teknikal itu.Biasalah..kadangkala aku pun terkhilaf dalam membuat kerja.

Tapi kesilapan itu walaupun kecil membuktikan sesuatu yang kome boleh digest sendiri. Ibaratnya macam masuk KFC tapi nak beli Big Mac!

Hormon ini betul-betul menduga…..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *