Cimbeng Yang Bodoh..

image

Aku tak kisah menunggu di bank untuk keluarkan duit. Aku tak kisah juga menunggu lama kalau orang ramai melakukan transaksi di situ..tapi tadi aku jatuh tahap baran melampau..

Untuk 30 minit satu digit pun tak gerak. Orang takde la ramai sangat. Kakak indo disebelah aku dah tunggu 3 jam katanya. Dengan lagak Mazidul aku pun menuju kaunter yang kebetulan nombornya tak bertuan..

Pantas aku hulurkan buku ASB. “Adik,ini kaunter lain..kena tunggu sampai nombor naik.” Tapi saya dah tunggu setengah jam kat sini. Nombor tu tak jalan jugak…aku berkata dgn ikhlas dan baik hati.

“Nombor tu lambat sebab sistem kami rosak..kena tunggu juga.”

Aku buat muka kering. Saya tak bole tunggu lagi kak..dah rasa nak bertukar jadi makhluk hijau aje nie. Buku aku hulurkan dan kakak itu kerja dalam keterpaksaan.

Look,aku bukannya tak mahu sabar lebih lama. Masalahnya kaunter tu dah tutup. AkuĀ  dengar masa pekerja tu kata dia nak keluar makan. Aku nie tak makan lagi! Dah la tak makan,duit pun takde…makan malam semalam pun abang kastam payung aku 70sen. Duit buku pun aku hutang…angin la dia buat aku macam tu!

Memang la bodoh…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *