Chai Tea Terapung

Kali pertama aku minum chai tea adalah di Kobe. Seriously…dalam banyak-banyak tempat, Jepun titik mulanya. Ini semua kerana saka Aifa yang menjebak aku mengulang ke Naan Inn, Kobe. Oh, bercerita pasal Naan Inn, di situ juga saka arimasu aku menjelma dek penangan garlic naan dan mutton curry masala. Sampai sekarang tiada bandingannya hatta di India sekalipun.

Ok, berbalik pasal chai tea….

Alangkah indahnya bertemankan secawan dua chai tea dengn dikelilingi teman yang memahami…tempat yang terasing dari hiruk-pikuk kota dan asing. Kadangkala, aku rindu keberadaan aku di India. Hari-hari minum chai tea dan hari-hari membandingkan chai tea mana lebih sedap. Aku sebenarnya penggemar kopi, tetapi kalau chai tea atau teh ais siam, sumpah aku tak tolak. Sedapnya sampaikan terapung.

Jadi tajuk albumnya, dimana chai tea yang sedap di Kuala Lumpur ni? Nak buat sendiri memang tidaklah sama rasanya.

Ohai…aku rindu Kobe…aku rindu India. Ah, aku even rindu Pattaya!
Biasalah manusia….sentiasa dambakan benda yang dia takde.
Semoga ada peluang #OrangeTraveller mengusung beg lagi tahun ini. Aku bosan dengan penat. Dan ayat seterusnya korang faham sendiri dan sambungkan ajelah ikut sedap tekak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *