Cerminan

3mirrors

Dalam satu kursus yang aku hadiri, peserta diminta menyenaraikan ciri-ciri Supervisor yang mereka mahu. Makanya dengan penuh keazaman iltizam dan jati diri yang tinggi semuanya mengatakan mereka mahu SV yang sekian sekian. Yang ada masa untuk mereka, yang memberi kerjasama, yang boleh beri sokongan perhubungan dan lain-lain. Kalau boleh yang beri bantuan kewangan semasa menjalankan kajian pun ada. Hebat gitu..

Hah, sekarang servis bertukar tangan. Katalah diri kita ini SV, apa pula ciri-ciri pelajar yang mahu kita. Aku sendiri mahukan pelajar yang tak banyak songeh, boleh berdikari dan punya pendapat sendiri instead of SV sahaja yang berikan idea dan pendapatnya. Jadi, adakah diri aku itu seperti yang aku harapkan dalam keadaan aku kini seorang pelajar?

Latihan ini membuatkan aku sedar yang setiap perkara yang aku buat perlu ada cerminan. Kita kena adil pada orang dan adil pada diri sendiri. Akhir-akhir ini memang menjadi sedikit pantang dengan post-post perasan motivasi dan islamik tapi yang mengepost sendiri tak seperti yang digambarkan pada masyarakat.

Nasib takde butang dislike.

facebook-really-dislike-button-500

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *