Cerita Kedai Makan

yum yum..

Bisnes makanan paling mudah dan cepat untung. Mana manusia yang di dunia terutama di Malaysia nie yang tak suka makan. Pacak aje di tepi jalan, bawah pokok atau di kaki lima, jika makanan yang dijual itu sedap makanya beraturlah pelanggan.

Tapi ada sesetengah peniaga yang tidak aku fahami kenapa dan mengapa terlalu berkira. Ya, aku faham kos barang naik, nak bayar pekerja, hutang kau sendiri banyak etc. Aku selalu berdepan perkara berikut dan kalau tak kena dengan mood hari itu lancar mulut aku membalasnya kembali.

  • Berkira dengan kertas servet (tisu)-dikerat dua. Secara peribadi aku rasa tisu yang dikerat dua lebih merugikan peniaga sebab lagi keraplah pelanggan menggunakan tisu. Buang masa aje menyagat tisu tu.
  • Minuman paling susah dibuat di dunia rupanya air kosong. Kalau tahap malas dan menyampah sangat dengan pelanggan yang suka mintak air kosong lebih mudah rasanya sediakan satu ruang kosong, letakkan gelas dan air kosong. Tampal satu notis mohon kerjasama pelanggan untuk layan diri kalau nak air kosong. Sebagai pelanggan, kalau kena kena bayaran tambahan pun aku terpaksa akur sebab makanan minuman tu akan jadi darah daging aku.
  • Tempah menu punyalah cantik hiasan, gambar yang membangkitkan selera dan segala macam hidangan pilihan yang unik dn kreatif. Bila nak pesan, semuanya habis..dah tak buat dan paling bangang bagi alasan tukang masak dah lari..
  • Perniagaan anak beranak. Punyalah nak mengoptimakan keuntungan sampaikan semua ahli keluarga akan multitasking. Anak dialah bancuh air, dialah masak, ambil pesanan pelanggan dan cuci pinggan mangkuk. Mak ataupun bapak mengikut siapa lebih dominan akan duduk berkipas dikaunter menjadi juruwang dan kalau ada TV pun selera dia jugak.
  • Pelayan yang datang ambil pesanan makanan macam pelajar yang dapat 21A 1 dalam SPM. Otak beliau cukup bijak sebab mampu menghafal pesanan pelbagai dari 4 pelanggan lepas tu bila makanan sampai banyaklah yang salah. Susah ke nak catat pesanan?
  • “Orang ramai hari ini. Nak cepat order makanan yang sama” kata tokey kedai dgn angkuh. Situasi ini aku boleh panjangkan menjadi satu telenovela sebenarnya…
  1. Kalau memang waktu kecemasan, contohnya masa raya semua kedai tutup, awak seorang saja meniaga makanya cadangan itu relevan, tapi berlagak sombong itu tidak.
  2. Kalau boleh sediakan sampai 10-15 meja makan tapi tukang masak cuma seorang makanya tokey tu matematiknya lemah tapi mahu kaya dengan meniaga.
  3. Lebih murni sekiranya dapat menggunakan ayat seperti “orang ramai hari ini, jika nak cepat saya cadangkan pesan makanan yang sama. Kalau puan sanggup tunggu, takde masalah…”
  • Bila nak pesan makanan reaksi bukan main lambat. Bila nak bayar, baru angkat tangan tak sempat panggil dah sampai bil…
  • Juga kes nak bayar – tadi encik makan apa? Itulah sebabnya pesanan makanan perlu dicatat. Takde ruginya meletak sedikit efisyen dalam tatacara menguruskan kedai makan..

Percayalah, pelanggan tak berkira sangat untuk menmbayar lebih sekiranya servis dan kualiti dijaga. Silap-silap dicanang pada rakan-rakan lagi adalah dan dibawa pula seisi keluarga sebulan sekali menjamu selera di situ.

Apapun aku setuju dengan kata-kata seorang pakcik sekitar 20 tahun lalu masa aku beratur dibelakangnya ketika membeli nasi lemak di Taman Permata. “Jangan kedekut sangat..tuhan marah. Saya pun marah, kalau nak tambah duit bagitau saja..Kita nak beli bukannya nak merompak.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Replies to “Cerita Kedai Makan”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *