Cemburu..

image

Bohonglah untuk mengatakan tiada rasa cemburu dalam hati aku. Ia ada tapi kadarnya tidak tinggi. Tidaklah sampai aku mahu menjadi mak jeton dan mak sudin setiap kali terlepasnya nama wanita seluruh dunia. Setakat ini tiadalah mangkuk berayun yang membuat takat didih aku mencanak naiknya, cuma adalah yang seolah-olah berpotensi menjadi mangsa asid. Tapi mengenangkan tidak berbaloi duit dihabiskan kearah itu, maka bersabarlah bila ada prahara.

Sangat mudah persefahaman kami berdua. Kami menerima seadanya dan ia indah begitu. Mungkin ada sesuatu tersembunyi tetapi selagi kehidupan tidak mencalarkan hubungan ini, dia tak perlu cerita dan aku tak perlu tahu. Aku hargai momen-momen jujur antara kami. Sedikit sebanyak membuat aku rasa dia percaya untuk bercerita pada aku.

image

Kadang-kadang `Harbourville’ aku terlalu rugi untuk tidak aku kongsi. Bukan untuk orang lain. Untuk aku kenang bilakala aku rasa kehidupan ini tidak adil. Sekiranya ada nada cemburu atau syak wasangka di situ, apalah daya. Hanya ketawa kecil sahaja yang aku berikan.

image

Nak lari batas kewangan jadi penghalang. Jika tidak itu masa untuk bersama pun terhad kerana kerja yang tak pernah habis. Jadi biarkanlah..

image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Author: akusangpenerbit

I'm a TV producer and full-time dreamer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *