Cekodok PKP

Hi, guys….seperti yang dijanjikan petang ini aku nak ajak korang penuhkan newsfeed dan timeline dengan cekodok. Kat area rumah aku pulak hujan. Hujan-hujan ni, sedap betul kalau dapat makan cekodok bilis.

Cekodok bilis ni aku dah pandai buat dari umur aku 7 tahun. Resepi pun, resepi mak aku juga. Kitorang kecik-kecik dulu kalau hari Ahad kena perambat kemas rumah, luar rumah, basuh pinggan dan kain baju – baharulah sarapan ramai-ramai. Basuh kain dengan tangan ya…sebelum¬†ada rezeki mereka beli mesin basuh. So, cekodok ini akan ada paling banyak 3 pinggan untuk kami makan satu keluarga. Boleh dikatakan Ahad tu memang hari cekodok ikan bilis. Kena pulak dengan teh o panas Cap Masjid.

Apalah Uda tanpa Dara dan siapalah Romeo tanpa Juliet. Sama cekodok ni kawan-kawan…kalau takde sambal cicah tak ngam gitu. Boleh aje cicah dengan cili sos tapi kalau kena sambal cicah yang dibikin sendiri dengan kasih sayang tentulah lebih handal. Sambal cicah ini resepi arwah abah. Sambal ni boleh juga makan dengan nasi ayam, kerang rebus dan keropok. Sumpah mengulang…

Cekodok sangat sedap kalau makan ramai-ramai. Sambil bersembang…sambil tengok TV dan lain-lain aktiviti. So guys, enjoy menu petang korang, walaupun bukan cekodok. Bersyukurlah kalau kalian sedang makan dengan ditemani keluarga atau rakan-rakan semasa Movement Control Order ini. Ada dalam kalangan kita tidak bernasib baik seperti itu…

Salam penuh ingatan untuk semua dari Kak Benny…
#cekodokMCO
#apabilakakbennymenulis
#kakbennycancook

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *