FonePad Asus

Gambar carian google

Tak tahulah kenapa, tapi aku memang dah pangkah dan peyjak-peyjak model telefon Samsung. Sudahlah bateri cepat kering, asyik sangkut aje memanjang. Nak restart memang jenuh. Blackberry Bold berusia 2 tahun juga begitu ragamnya. Ingatkan masalah bateri lama. Sudah aku tukar tapi nyatanya ada kelonggaran pada struktur telefon. Jangan tak percaya, ada kertas kecil sebagai penyendal yang membuatkan bateri ketat dilandasan. Justeru aku tahan lagi melayan ragamnya sementelah ia masih berfungsi dengan baik. Ia meragam sekali-sekala sahaja.

Kebetulan ke farmasi membeli Utragestan berhampiran Digital Mall menyebabkan Hadi bersungguh mahu singgah. Alasannya, alang-alang dapat parkir. Aku maklum, dia juga bermasalah dengan SII yang aku belikan setahun lalu. Beberapa minggu lalu dia sempat menunjukkan beberapa risalah telefon model terkini yang berpotensi untuk disambar. Oh, ya…ramai beranggapan kami sedang menggunakan Blackberry Z10 kerana kami berdua sangat mengangkat tinggi produk Blackberry. Mana mampu..banyak benda nak diuruskan sebulan dua ini.

Jadi diruang legar tingkat dua kami singgah dikedai yang menjual FonePad Asus. Aku belek-belek ala kadar. “Kalau you nak, i belikan” kata Hadi. Aku bukannya tak mahu..tapi seperti yang aku katakan tadi. Belanja kami selepas ini agak besar kerana perlu menyelesaikan beberapa perkara yang mendesak. FonePad itu berharga RM 800. Hadi minta aku trade-in SII jika aku mahu telefon itu. Oleh kerana harga yang ditawarkan amat munasabah, aku langsung setuju. Sebab aku dah tak sanggup nak bersabar dengan kebengapan SII itu. Pada mulanya aku mahu membayar sendiri telefon itu. Tetapi disebabkan Hadi bersungguh, aku turutkan. Memang ada model lain yang dia janjikan, tapi aku enggan kerana mahal sangat. Jadi aku anggap ini adalah hadiah ulangtahun kami dan hari lahir yang tertunda. Mungkin juga sebab beberapa bulan ini hidup kami sedikit kelam-kabut kerana kesibukannya kerja menjelang pilihanraya. Jadi dengan berian ini, dapatlah aku menghabiskan masa sementara menanti dia balik kerja yang selalunya tak tentu masa.

Apapun, aku selesa menggunakan Fonepad ini. Ia besar dan mudah diguna kerana aplikasinya seolah SII juga. Yang penting, bateri memang mantap. Layan Youtube berjam-jam pun tak cepat kering. Ada dua warna, aku pilih gold. Silver dah selalu sangat.

Hadi – thanks 🙂

 

Fridge Magnet Gambo Famili RM 26 = 6 Ketul Free Delivery

Contoh aje..letak la gambar famili ke anak korang ke..

Gambar diambil di sini.

Ada orang suka kumpul fridge magnet. Kebanyakannya gambar tempat-tempat yang pernah dikunjungi diri sendiri atau kirim pada kawan-kawan yang berpeluang berjalan luar negara.

Kalau rasa nak buat gambar keluarga atau anak-anak, anda boleh dapatkan 6 ketul fridge magnet berukuran  4″ x 3″ dengan harga hanya RM28  di Photo Delivery, Bandar Puteri Puchong. Harga menarik sementara promosi. Penghantaran percuma lagi.

Klik sini utk pesanan.

akusangpenerbit Kini Dotcom!

akusangpenerbit.com

2-3 hari lepas, ramai gagal masuk blog aku dan keluar Error 404. Error 404 nie sampai buat aku rasa nak pecahkan PC pun ada. Berhantu dan menyakitkan jiwa aku yang buta IT. Menarik untuk dibuat skrip cerita hantu dan majukan pada David Teoh.

Sebenarnya, aku dalam proses menaiktaraf blog ini dari akusangpenerbit.wordpress.com ke akusangpenerbit.com Setakat hari ini dan waktu artikel ini ditulis, boleh aku sifatkan hampir 80 % berjaya. Ada banyak sebab kenapa aku sampai membeli hosting, menukar domain dan lain-lain istilah IT yang susah nak aku jelaskan sebab aku pun kabur. Tapi ini adalah antara sebab kenapa aku bertukar dan aku galakkan juga rakan-rakan yang serius berblogging menuju perubahan :-

  • Nampak professional : kalau aku menggunakan dotwordpress,dotblogspot,dotyahoo dll URL jadi panjang,buruk dan tak best. Ini blog aku..aku mahu nampak serius dalam apa yang aku buat dan aku rasa ini langkah yang pertama.
  • Boleh masuk iklan. Dah hampir setahun aku register. Masa tu aku main-main aje. WordPress nie boleh auto masukkan iklan tanpa penat-penat aku adjust HTML macam di blogspot. Adjust aje lari setting – menyusahkan!
  • Pindah semua blog lama dalam blog baru. Semua posting aku dikedua-dua blog lama semuanya selamat sejahtera selepas berhijrah. Guna wordpress aje, selesai semua masalah.
  • Boleh tukar theme dan adjust sesuka hati. Aku bole buat theme sendiri dan upload kalau reti. Masalahnya aku baru nak belajar. Lain-lain kali aje aku cuba
  • Banyak plugin yang membantu. Dari segi statistik, menghalang komen berbentuk spam dll aku rasa wordpress lebih memudahkan.

 

Tapi macam aku katalah, kalau tak tahu, memang rasa wordpress ni complicated. Aku ambil masa hampir seminggu selongkar youtube untuk dapatkan panduan cara-cara nak install wordpress dan menukar domain. Sebengap-bengap aku, sudahnya di sini. Malulah budak-budak universiti yang ada blog personal pun guna namasendiri.com Inikan pula aku yang dah berkerja 🙂

Dan untuk pengetahuan, ada bezanya wordpress.com dengan wordpress.org Itu sebab ramai yang berdaftar dengan wordpress.com tanya kenapa tiada ‘plugin’ dan ‘editor’  di dashboard appearance. Banyak-banyakkanlah buat kajian dan bacaan sebelum bertukar. Mana-mana platform semuanya mudah kalau kita mahir dan kerap menggunakannya. I LOVE WORDPRESS!

Terlalu awal untuk selesa tapi aku akan cuba sampai berjaya,insyaallah…amin!

Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2011

5 hari lamanya sebelum tenggiling merangkak aku dan semua krew bangkit awal dan berkumpul di Dataran Merdeka. Kami berembun, berhujan, berpanas badan dan berpeluh ketiak demi memastikan sessi raptai Istiadat Sambutan Hari Pahlawan 2011 berjalan lancar. Sambutan kali ini adalah yang kedua diadakan di Dataran Merdeka, dan kedua-dua tahun itu aku yang terbitkan. Sebelum ini ia diadakan di Tugu Negara.

Tahun lepas, ia diselaraskan oleh pihak ATM dan tahun ini PDRM pula menjadi hos. Pengalaman berkerja bersama badan beruniform banyak pahit manisnya tapi kali ini aku sifatkan ianya manis-manis mesra, lebih manis dari kurma Yusof Tayyob. Sungguh! Semua pegawai yang berurusan dengan pihak RTM memberikan kerjasama yang sangat hebat ditambah komitmen yang padu bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

Sebenarnya tiadalah masalah besar sangat pun yang menimpa semasa menerbitkan siaran tadi. Terus-terang aku bagitau segmen pentomen memang buat aku susah hati. Pada mulanya aku dapat skrip lain, masa rehearsal jadinya lain. Tapi selepas mendapat salinan yang baru, ditambah dengan rehearsal beberapa kali dan sessi mengulangkaji kesalahan di pejabat makanya aku sifatkan persembahan itu berjaya. Skrip itu sangat kuat semangatnya..sungguh. Menitik juga airmata masa sessi preview seorang diri sambil membetulkan beberapa shot yang serabut masa latihan. Syabas yang teramat sangat Lokman Ghani. Walaupun hujan, komitmen dari peserta yang terlibat sedikit pun tidak celaru.

Disebabkan hujan juga, boleh dikatakan separuh dari 7 kamera yang aku gunakan basah lensanya. Kalau tak kerana dihadiri oleh SPB YDPA, rasanya memang payung sudah dipasang. Terima kasihlah kepada kesemua jurukamera dan krew OB 4. Sawan aku seketika bila angin kencang, platform bergegar dan kamera RF tak dengan suara penerbit. Itu yang melilau 3 kali, tapi situasi itu normal. Belum lagi masa Hani bercakap seolah-olah dibelakangnya deruan ombak laut China Selatan.

Apapun semuanya telah selesai. Kalau ada salah dan silap, maaf ajelah yang mampu aku cakap. Ini adalah program besar terakhir aku untuk tahun ini. Lepas ini aku akan bercuti sangaaaaat panjang. Sudah tiba masanya aku memberikan peluang pada diri aku untuk maju setapak dari tapak yang aku pijak.

Buat pahlawan yang gugur demi hari indah yang aku lalui, buat waris yang menangisi saat aku berdekah tak henti, buat pejuang yang cacat anggota saat insan lain botox menggila – hanya doa, ucapan terima kasih dan mempertahan sebuah kemerdekaan sahaja yang dapat aku lakukan. Selamat Hari Pahlawan 2011.

Foto :http://i7.photobucket.com/albums/y254/Balajoe/25082005/TuguNegara_033.jpg
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...