#roadtojannah Abah Kau!

#ROADTOJANNAH ke #ROADTOJAHANAM ???

Malam Khamis aku dah santai dah sebenarnya. Dah order Nasi Goreng Cili Api dengan Sunquick Ais kat Food Panda, dah kenyang makan sambil layan F.R.I.E.N.D.S dan menunggu lepas maghrib sebab Farah Z ajak aku lepak minum. Dalam berbalas-balas mesej tu, dia send satu mesej panjang namatey dan suruh aku baca. Aku tengok panjang berdedai-dedai, memang tidaklah aku nak go through. Jadahnya bagi reading assignment pulak ni?

So sekonyong-konyong dah ada dalam kereta, dia tanyalah “kau baca tak post tu?” Memang tidaklah weh….Lepas tu dia pulak bagi executive summary perihal catatan #roadtojannah tu dan aku mulalah terfikir delusional jenis apa yang hidup macam ni???

Don’t get me wrong…aku juga ingin masuk syurga, ingin jadi warga mulia yang sejahtera bak kata Awie yang korang tak pernah dengar pun lagu tu (kecuali diehard M.Nasir dengan Awie). Tapi tidaklah sampai menyeksa diri terkangkang kiap buat segala house chores seorang diri. Eh, mana peranan laki dalam cerita ni? Menanti makanan pukul 8:00 malam sahajakah sambil membaca suratkhabar, bermain game online atau melayari hinternet melihat turun naik USD?

Untuk itu, catatan di bawah dinamakan Ulasan Kak Benny (UKB). Baca atas risiko sendiri. Korang mungkin setuju dan mungkin tidak. Aku tak kisah, sebab mungkin perempuan tu sangat zuhud dengan tagline “Allahkan ada…”

****
Apa nak buat kalau isteri balik kerja jam 6.30ptg dan suami mahu makan sharp jam 8mlm?
UKB:
1. Minta suami set jam pukul 8:00 malam supaya tidak terlepas waktu makan malam yang pukul 8:00 malam sharp tu.
2. Order ajelah kat Food Panda, Grab Food atau kedai tomyam yang bersepah-sepah ada kat kejiranan kita ni.
3. Dalam freezer tu ada aje stok burger, fries dgn roti paratha yang boleh suami masak kalau ai tak sempat sampai rumah awal.

Seorang isteri, lebih lagi yang berkerjaya, ada anak kecil lebih dari 1, dan suami pula jenis balik kerja nak lihat rumah dan anak semuanya tenang terurus..dan… nak makan hasil air tangan isteri di rumah. At least ada dua lauk.
UKB:
1. Oh, air tangan isteri…semalam ai dah rendam tangan ai dalam kole atas meja tu. Makanlah cicah dengan roti. (What the heck sangat jenis suami yang dimaksudkan).
2. Lauk 1, telur goreng. Lauk 2, ikan bilis goreng. DONE!

Telan air liur kejap.

Boleh tercepit jiwa raga antara penat dan tanggung jawab!
UKB: Penat la sebab isteri yang dimaksudkan berkerjayakan…tanggungjawab, yes. Tapi pilihan banyak kot. Yang sibuk nak tercepit terciduk tu dah kenapa?

Saya kira ini soalan menarik untuk dikongsi. Mungkin ramai sahabat ibu yang dalam senyap mengalami tekanan mengurus konflik ini.
UKB : Saya tak payah kira, dalam banyak-banyak konflik rumahtangga, konflik nak bagi laki makan pukul 8:00 malam ni jadi tajuk album? Apa selama kahwin dari belum beranak sampai anak berderet tak pernah communicate ke? Pasrah beralah syurga bawah tapak kaki kayuh semua benda sorang-sorang sebelum pukul 8:00 malam? Kalau lewat 10 minit laki jadi hijaukah?

Take a deep breath.
Allah kan ada?
UKB: of course…kayuh sorang-sorang merana diri lepas tu berserah aje.

Apa yang saya syorkan ni mungkin agak padat bagi kebiasaan ibu.
UKB: hahahaha ibu gamat

Tetapi, mungkin juga boleh jadi guideline big picture kronologi rutin harian yang mungkin boleh bantu ibu yang tak tahu nak start dari mana..nak buat macam mana…untuk lihat dari sudut berbeza.
UKB: apa kau ingat benak sangat ibu-ibu dijaman kereta terbang ni? Sembang time management macam rumah tu 5 minit dari pejabat.

Yang meraikan apa yang isteri mahu kawal dan elakkan dan apa yang suami suka.
UKB: Isteri mahu kawal apa? Elakkan suami suka? Doesn’t make any sense.

Kita taknak pertikaikan ‘kenapa’
Tapi yang kita nak fokus adalah ‘bagaimana’
UKB: Sifu coaching manalah yang kau bayar ni.

Dan..bila uoll baca ni. Pandanglah dari sudut yang baik baik.
UKB: Maafkan hakuuu…

Here it goes. Bismillah.

Dalam apa jua keadaan yang perlu kita lalui. Always start dengan mind.
UKB: Bijak…Megamind

1- Reset otak, kita sedang main game. Ada levelnya.

Kira on ur mark, get set, GO! Ha kene rasa camtu. Baru thrill. layannnn. Happy happy sahaja. Cara gerak pun kene macam orang tengah main game.

Haha. Memang macam tak masuk akal. But then, untuk kita manage badan yang lelah penat bekerja seharian, kita hanya ada satu CHOICE. Mainkan otak!
UKB: Game apa kau main siap ada on your mark, get set go ni? Gamekan, ada banyak options. Kau boleh beli weapons, kau boleh hire maid – bergantung game apa kau main. Kalau kau sodok aje maknanya kau takde strategi main game. Farmville pun ada strategi bai..

2- Dalam kereta, otw back home siap siap beli roti ke cekodok, buah..lempeng..chocolate bar snickers ke…NGAP dengan senang hati untuk alas perut.
UKB: jangan makan sambil memandu, merbahaya. Cekodok berminyak…

3- Sampai je rumah, terus masuk toilet jangan pandang kanan kiri, mandikan anak anak. Ya! Mandikan. Takya nak suruh berdikari sangat. Ini bukan masanya. Mandikan. Wangikan. Gosok sampai kilat anak tu.

Hehehe. Suami happy bila anak fresh.

Satu anak mandi tak sampai pun 5 minit.
UKB: Anak kau bukan kasut nak gosok sampai berkilat.
So balik rumah, anak dah memang kat rumah ke kau jugak kena pick up anak?
Masa ni laki kau dh sampai rumah ke belum?

4- Lepas tu siapkan anak baju bedak semua dalam bilik. Make sure bilik kunci. Buka aircon atau kipas. Spray bilik biar wangi semebak. Buka cerita untuk anak tonton sementara kita urus diri…yang penting anak tenang kat dalam bilik tak merayap keluar.

Hadkan masa urus anak 10 minit sahaja. Ni tak perlu kelam kabut pun. Bebual la dengan anak sambil mandikan tu.
UKB: kalau bilik takde aircond, takde TV macam mana? Gagal automatis ke?
Masa ni laki kau dh sampai rumah ke belum?

5- Settle anak, mak pulak mandi. Mak mandi pun takya lama lama. 5 minit. Dah.

Maka cukuplah 15 minit sesi mandi dan freshkan diri. Kene mandi supaya dapat recharge energy.

Kalau terus buat kerja dapur, u akan menyumpah penat tak sudah!
UKB: Mandi 5 minit? ????
Baru point no 5 pun Kak Benny kau dah penat menyumpah. Again…
Masa ni laki kau dh sampai rumah ke belum?

7pm

6- Bawa anak anak masuk dapur. Kat lantai dapur sediakan satu ruang, atau paling tak pun buat petak guna scotch tape kat atas lantai area dapur.

Buat deal siap siap ngan anak. Sediakan mainan yang u reserve, yang anak suka, hanya untuk main pada waktu u masak. Dan u boleh pantau.

Untuk kes ibu ini, anaknya 5 thn dan 3 thn. Dan suaminya tak suka anak tengok tv. Dan ibu ni tak senang hati bila suami tegur itu ini aktiviti yang anak buat.

Dan aktiviti yang suaminya syorkan menurut si isteri adalah aktiviti yang memerlukan bantuan orang dewasa.

Huhuhu comel sangat cerita ni kan. Tapi yes..apa yang kita boleh buat adalah fokus apa yang kita boleh kawal. Jangan sibuk tak puas hati ngan suami. We just do what we can do. Thats it.

Communicate ngan suami untuk terangkan kecelaruan emosi u tu adalah satu proses lain. Just in case, komunikasi tu tak berlaku atau belum berjaya…cuba buat yang no 6 ni.
UKB: Astaga…delusional betul point ni. Dapur rumah ni besar padang golf ke? Nak pantau anak sambil masak? Suami tak suka anak tengok TV? Point nombor 4 tadi tu pasang henfon ke? Oh, laki lebih suka anak tengok henfon dari tengok TV di zaman ini…pengumuman semuaaaa…! Again,
Masa ni laki kau dh sampai rumah ke belum?

7- START MASAK. Masa yang diperlukan sebenarnya tak lama. Maksimum 30 min is more than enough.

Ya. 30 min. So supaya flow lancar, make sure persiapan potong memotong, pembahagian bahan mentah, semua u da siap label 1-5 contohnya. Siapkan on weekend.

Atau bahan mentah seperti ayam ikan, siap siap pindahkan dari bahagian frozen ke bahagian yang bukan frozen sebelum pergi kerja.

Contoh, hari isnin guna semua yang label 1. Jadi takya nak habiskan masa termenung depan fridge pening pening lalat.

Letak timer kalau tak biasa masak laju. Practice makes perfect! Kata tengah main game. Chill dulu. Later bila u da terror, baru nikmatnya tak terkata.
UKB: kesian pompuan ni. Tak terulas.

7.45pm

8-Settle masak, SOLAT MAGHRIB. Hangkut anak anak juga. Unless jemaah ngan suami. Kalau tak, bawa anak anak solat ngan di bilik.

Kalau u jenis sensitip benor suami tegur tegur anak, u anggap je la anak tu kembar u. Di mana u ada, di situ anak ada.
UKB: Masa ni laki kau dh sampai rumah ke belum?

8pm

9- MAKAN. YEYYYY!!

Tapi mama. U jangan makan sama. U suap anak anak. Sebab suami u suka u bebual bebual ngan dia. Kalau u makan sekali dengan anak dan suami. Mau tercekik nak melayan karenah anak dan borak suami.

Lagi pun. Suami u jenis suka yang bersih teratur. So suap anak tu kira tak sepah dan juga bonding time u dan anak. Bonding time u dan suami.

Belajar untuk hargai masa ini.
Bacalah doa banyak banyak untuk setiap suapan. Hadiahkanlah zikir zikir yang baik setiap kali pandang mata suamj saat berborak tu.

30 min makan siapp!
UKB: Ya robbana’tarofna…
Suami tak suka sepah-sepah ?
So, suami you bonding dengan anak dia bila?

10- KEMAS. Settle sinki. Jangan ada yang tersisa.Mop takya buang masa lap lap lekit sana sini.

Untuk kes sahabat ibu ni, suami sangat sangat pembersih. Takde makna sinki ada pinggan semalam.

So?

Ambil lebih kurang maksima 30 min untuk cuci dan bersihkan dish. Suh anak duduk dengan ayah. Cakap kat anak kuat kuat. Go dengan ayah. Nanti ayah sedih kalau abang tak cerita cerita ngan ayah.

Huhuhu ni dialog sebenarnya cara halus nak sampaikan kat suami tengokkan anak sekejap.
UKB: omaigod lebih delusional dari drama pukul 7! Bukannya cakap “abang, tengok anak jap, i nak urus dapur yang you tak suka bersepah ni…”
Komunikasi gagal Bedah ni…

9pm

11- Sediakan tempat tidur dan bawa anak anak masuk bilik. Tutup lampu sambil tu bolehlah kita solat dalam keadaan gelap. Tenang sikit.
UKB: ini ajelah habis logik dari niyang rapik sampai 10 point. Still, laki kau buat apa masa ni? Pergi masjid kot…huznuzon.

12- COP! Daaaaahtu bilanya maknya nak makan?

Pas habis solat. Makan! Huhuh ok fine. Ni tak ambil kira bab diet. Kalau diet terpaksa adjust makan dalam kereta otw back home tu atau sebelum solat maghrib
UKB: lepas pukul 8:00 malam, anak kau tidur katakan pukul 9:00 malam, kau baru nak makan? Makanlah lewat-lewat…gemok padan muka. Pastu gemok dgn laki tak berjenis macam ni 2 kali padan muka.

13- Bilas badan mandi hilangkan bau berlengas dapur kat badan pastu sapu minyak seluruh badan. Lagilah di bahagian pinggang dan tapak kaki. Mintalah suami sapukan. Biar hangat. Hahaha jangan hangit. Pakai stokin. Minum air secukupnya. Buka audio quran biar hati bahagia.
UKB: come on guys…korang pun tahu tahi seladang imaginasi macam ni

14- Disiplinkan diri tidur selewatnya jam 11pm supaya u tak pengsan untuk teruskan perjuangan. Sambil pejam mata syukur Allah beri hidup beri iman beri kasih sayang.
UKB: haih…takpelah badan kau larat nak kayuh benda ni hari-hari.
Still, aku tak nampak peranan laki kau tu mana? Jadi imam kau sembahyang pun tidak? Dia masih kat meja makan pukul 8:00 tu ke?

15- Bangun awal sebelum subuh. Dapatkan tahajjud walau dua rakaat.Kekuatan yang u bakal dapat serious amazing biiznillah.
UKB: Alhamdulillah…memang amazing race.

Wallahu A’lam
Bismillah. Tawakkaltu AlaLLah

Arios amegossss
Luv u moms banyak banyak!

Ummi Nisa

#RoadToJannah
#Parenting114

****

So peranan laki dia kat sini hanya makan pukul 8:00 malam. Dia jumpa mana laki dia ni, kat padang polo ke? Atau nenek dia paksa kahwin dengan mamat ni untuk selamatkan saham resort?

Jangan sebab jodoh, kau jadi bodoh. Sekian.
#apabilakakbennymenulis
#ulasankakbenny
#roadtojannah
#roadtojahanam
#skripdramapukul7

ADIK, KAKAK…MEH BELI INSURANS!

Setiap hari, ada sahaja manusia yang mati. Itu lumrah alam…umur berapapun, kalau sudah ajal tiba maka kita yang hidup kena bersedia melaluinya. Dalam pada masa yang sama, kita kena bersedia dengan bekalan untuk ke alam abadi.

Apabila ada kematian yang melibatkan selebriti dalam keadaan umur mereka yang masih muda, maka adalah post-post yang seakan mengambil kesempatan atas kisah itu untuk mempromosikan produk insurans yang mereka ada.

“Tidakklah kita mahu tinggalkan waris kita dengan bekalan kewangan yang mencukupi jika kita tinggalkan mereka?”

“Sanggupkah kau biarkan anak isteri/suami kau susah bila kau dah mati?”

“Meh, amik insurans ni..kau mati waris kau dapat duit pampasan bla..bla..bla….boleh menampung bla..bla..blaaa”

Apapun sebelum aku kayuh lebih detail aku nak tegaskan satu benda – aku tidak ada isu dengan penjual insurans sebab itu antara satu pekerjaan yang mulia sementelah ramai rakan-rakan akupun menjual insurans. Yang aku agak terganggu, menggunakan premis “dulu suruh amik insurans tak mahu, dah sakit baru sibuk nak amik perlindungan atau dulu tak mahu amik, insurans..kalau amik waris kau dah senang ada pampasan.”

Well benda ini kau tak boleh pukul rata aje walaupun ada aje statement boleh ambil perlindungan serendah RM50 aje kot. RM50 aje kot kau tu, itulah duit nak bertahan sampai dapat next gaji. Itu belum kira gaji negatif memanjang disebabkan macam-macam faktor. Pendek kata, tak semua orang berkemampuan dan berfikir macam itu.

Kau nak bandingkan dengan Amerika yang kalau takde insurans memang kena bayar kos perubatan yang mahal. Memang tidaklah, John…sebab di Malaysia ini masih ada hospital-hospital kerajaan yang mengenakan bayaran serendah RM1 untuk mendapatkan rawatan. Aku tak nafi kos perubatan yakni ubat-ubat memang mahal. Ada certain ubat kau kena beli sendiri. Tapi bagi yang tak mampu, still tidak akan amik insurans. Tak payah cerita insurans la, yuran sekolah yang dalam RM150 setahun itupun ada yang tidak terlunas.

Janganlah gunakan penderitaan dan kesedihan orang lain untuk menjual produk dan perkhidmatan korang. Please be kind, be considerate. Banyak lagi methods lain boleh digunakan untuk menjual produk. Aku ingat lagi masa Elyana beritahu dia sakit dalam satu program TV, ada insan tu siap gunakan kesempatan yang ada untuk promote produk kesihatan dia. Sempat kau meniaga atas penderitaan orang lain??!! Agak jilake kuase tiga…

Aku lebih setuju memberikan pemahaman akan pentingnya membuat hibah siap-siap sebelum kita semua mati. Ini akan mengurangkan masa bergasak-gasak dalam mahkamah untuk menuntut hak-hak yang “dirasakan milik mereka”. Maklum sahaja bahagian isteri itu sedikit dan kalau ikutkan pak-pak sedara tu yang bertanggungjawab atas kebajikan anak-anak saudara mereka nanti. Tapi dalam keadaan pak-pak sedara inipun hutang dan tanggungannya keliling pinggang, tiada jaminan dia akan melunaskan tanggungjawab itu sebaik mungkin sebab dia manusia.

Adapun manusia, dia banyak khlilaf. Khilaf ini akan sedar kot-kot umur dia panjang dan dah nak mati. Sementara itu, isteri itulah membesarkan anak-anaknya dengan segala pancaroba hidup, dituduh itu dan ini, berkesudahan anak-anak saudara ini membesar dengan perasaan benci pada pacik dan macik mereka. Masa tu barulah pacik datang nak minta mahap. Oh, ini skrip drama pukul 7 malam…

#apabilakakbennymenulis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...