Makcik Menang Dinasor!

Ala,mudah aja..Pancing itik sambil tunggu waktu nak masuk panggung.
Strateginya mudah…sembang-sembang dengan adik yang jaga kolam tu dan dapatkan tips dari beliau. Jangan lupa minta restu kekasih yang sibuk menggodek Beri Hitam. Dan pancing bila hati ada bunga-bunga…

Keputusannya…silalah berkenalan dengan Belthazor! Dia sangat comel…tidak berapi dan boleh disepak berkali-kali tanpa risau kena fire..

Kemaruk Nak Jadi Datuk

Kena kencing untuk dapat gelaran Datuk ni kisah klasik. Dari zaman ais kacang sampai ais blended nie pun ada jugak orang yang boleh terpedaya dengan penipuan yang satu suku dengan skim cepat kaya dan MLM.

Langsung tiada simpati dihati ini..ada pulak kena bayar RM 50,000 dan bole pulak buat bayaran muka dan ansuran. Macam kot memoth pulak. Setakat RM 50,000 kalau sungguh boleh beli dah lama aku beli dulu. Pinjaman pelajaran pelajar JPA ke luar negara lagi mahal dari nilai tu.

Jangan buat statement “saya tak percaya pada mulanya tapi penerangan mangkuk begitu meyakinkan”. Ia sangat lucu sebab satu melambangkan kebodohan, dua keinginan yang memuncak mendapat gelaran Datuk dan banyak lagi..Jika ditulis habis pula bateri Beri Hitam nan perkasa ini.

Ada juga manusia hidup bertongkat dunia. Kenapa tidak saja membeli tiket ke syurga?

****

“Kosmo! Selasa lalu melaporkan kebimbangan seorang ahli perniagaan yang hanya mahu dikenali sebagai Amin, 50-an, yang khuatir ditipu apabila diminta membayar sejumlah wang RM50,000 oleh seorang individu bagi tujuan pengurniaan darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk oleh Datuk Undang Wilayah Naning, Melaka.

Amin telah membayar RM5,000 sebagai wang pendahuluan dan suspek memberi jaminan gelaran itu akan disampaikan jika baki wang berkenaan dijelaskan secara berperingkat-peringkat menjelang istiadat di Alor Gajah pada 20 Oktober depan.”-dipetik dari Kosmo.

Cukai 6% Untuk Tambah Nilai Prabayar

Mudahnya, tak suka – tak payah guna..Itu ayat standard peniaga. Aku boleh senaraikan beribu-ribu lemon kenapa aku tak gemar dengan cukai ini tapi pedulikah mereka dengan ketidakgemaran aku ini?

  • Servis macam carutan..dikawasan KL pun ada yang tak elok signal. Tak payah jauh, rumah mak aku kat Taman Permata nun..Macam cakap guna tin.
  • Caller tone sudah bayar..gambar bayar..pendek kata semuanya bayar. Tak kaya lagi ke?
  • Kalau guna untuk surf internet data jadah apa ntah bayar..bayar..bayar..Tak kaya lagi ke?
  • Pra bayar dah jadi keperluan. Kalau di bandar anak 5, semuanya ada prabayar. Senang mak bapak nak cari dan nak aku masukkan elemen bole mencegah jenayah ke? Kesian la deme…kesian le setudent…
  • Boleh dikatakan semua orang ada lain prabayar..hatta yang ada pasca bayar pun ada satu prabayar untuk memudahkan berhubung dengan skandal..kali dengan umat pendatang haram dan halal dan putih dan Jijah, abang nyanyi ya. Tak kaya lagi ke?
  • Aik, sponsor akademi fantasia sukan bola konsert bagai dan lagi dan lagi dan lagi..Tak kaya lagi ke?
  • Aiyoo..the list go on and on and on..

Langkah itu diambil untuk memastikan perkhidmatan prabayar kekal kompetitif berbanding pascabayar memandangkan kadar prabayar lebih tinggi untuk membuat panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Halo Jijah, dah macam-macam plan korang buat tak kompetitif lagi ke? Kalau zaman nie telefon awam merata macam telefon awam oren jolok keluar 50 sen tu memang takde hal nak letak cukai. Jangan tamak sangat..tuhan marah. Saya pun marah.

Nak samakan cukai ini seperti cukai makanan memang lucu sebab aku akan berbalik pada teori ekonomi antara keperluan dan kehendak. Telefon dewasa ini dah lebih kepada keperluan..dah jadi kewajiban pun ada jugak. Kalau nak makan nasi lemak makcik kedekut satu bungkus RM1 berbanding dengan Nasi Lemak Antarabangsa yang ada aircond dan pelayan yang tak reti ambil order tu kena cukai boleh juga RM 7 paling cikai. Dia suka, dia makan. Dia tak suka, tak payah makan. Banyak lagi makanan lain.

Baiki dulu servis tu..sorry la rakan-rakan yang kerja di syarikat telekomunikasi.

(Mungkinkah ini hanya satu mainan yang mana kesudahannya akan ada hero bersuara dan menjadikan pelaksanaan ini batal..?)

Tahniah Badak! Aku Dapat HLP!

Pagi tadi aku bangun dengan 2 misscall nombor pejabat. Aku tak tahu siapa yang call sebab bila try call balik mesin faks yang jawab. Terus aku telefon sumber untuk bertanyakan tentang permohonan cuti aku yang macam tak nampak progress.

“Eh, nak proceed ke? Awak dapat HLP..tak payahlah teruskan permohonan tu…”
Say, whaaaat – terus kejung bijik mata aku..

Lepas ucapan terima kasih berkali-kali dan janji untuk membalas jasa pihak sana, aku terus telefon Hadi dan Mama. Punyalah aku eksaited gile..tapi still aku tak puas hati selagi aku tak tengok sendiri kat website JPA.

Dengan pengharapan setinggi gunung, aku isi semua maklumat yang diperlukan dan itulah dia….

Aku kini penerima Hadiah Latihan Persekutuan Sesi 2012 yang membawa maksud CUTI BERGAJI !!!!!!!!!

Dan semahal mana pun harga buku-buku rujukan itu hanyalah masalah yang telah hilang macam asap rokok…

Tahniah, badak! Dan tahniah pada penerima lain. Aku tahu korang semua sibuk searching info pasal HLP sebab aku ada indicator yang memberitahu hehehe….

Matinya Warga Media : Urusan Kerja Biasa & Kesukarelaan?

(Sebelum semua nak emosi, silalah baca dulu dengan tenang..Kalau ada cara memperbaiki keadaan lebih saya alu-alukan daripada jadi hero FB dan Twitter..)

Senario :-

1. Kematian jurugambar Bernama TV, abang Noramfaizul Mohd Nor adalah satu berita yang menyedihkan untuk semua warga media. Arwah maut terkena peluru sesat di Mogadishu, Somalia yang mana kehadirannya di sana adalah untuk membawa berita misi kemanusiaan yang akan menjadi teladan pada warga Malaysia khususnya dan masyarakat dunia amnya. Katalah yang rakyat Somalia memang tidak patut dibantu, misi ini mengarut dan apa juga yang anda rasa. Hakikatnya bagi media – tugas tetap tugas. Sehabis baik mereka akan cuba mendapatkan bahan terbaik untuk dibawa ke kaca TV atau di dada akhbar.

2. Seorang pelakon stunt profesional maut ketika melakukan aksi terjun dari tingkat 4 sebuah bangunan di Jalan Duta sekitar tahun 2006. Juga seorang pelakon, Raffi Hussein melecur teruk sewaktu dala penggambaran sebuah filem.

Ini hanyalah sebahagian kecil insiden yang berlaku dalam lapangan kerja yang dipilih. Pemotong rumput, pemandu teksi, guru hatta makcik kantin juga punya risiko dalam kerja mereka.

Berbalik pada risiko kerja warga media yang budiman. Aku yakin, setiap jurugambar dan wartawan yang mendapat tugasan ke negara-negara bergolak atau lokasi yang merbahaya tahu akan risiko keselamatan mereka. Bolehkah mereka menolak tugasan itu hanya majikan dan pekerja terlibat yang boleh jawab. Namun, apabila mereka bersetuju, nyawa memang percaturan. Seperti askar yang berperang..tiada jaminan balik dalam keadaan bernyawa. Silap-silap jasad entah di mana.

Semasa aku membuat tugasan bersama bomba beberapa tahun lalu, aku diminta menandatangani satu borang menyatakan aku tahu risiko yang akan aku terima sekiranya berlaku apa-apa kecelakaan (aku menaiki heli mereka). Bila mana aku menerima tugasan itu sendiri aku sudah maklum kalau takdir tuhan terhempas, makanya arwah aku ketika sedang bertugas.

***

Warga media bukannya mewah sangat pendapatan kami. Insurans untuk diri sendiri pun tak tentu ada. Bagi yang beranak-pinak pula, kalau ada insurans pun untuk anak-anak dan tabungan masa depan mereka. Kalaulah masa dalam tugasan meninggal dunia, silap-silap insurans Takaful yang RM 10 itu ajelah jadi sandaran. Paling tidak sumbangan ehsan tempat kerja dan dikenang setiap kali menjelang raya. Jangan silap sangka, aku tak merujuk kepada sesiapa dan kampeni mana.

Aku pernah berkursus dengan pihak Reuters beberapa bulan lalu. Kebetulan jurugambar mereka, Mark Chisholm  juga pernah bertugas di Afghanistan dan negara bergolak yang lain. Antara yang boleh dikongsi ialah setiap wartawan dan jurugambar yang terlibat diwajibkan mengikuti kursus keselamatan. Lebih penting, mereka dilindungi dengan insurans. Ini adalah 2 aspek penting yang patut dititikberatkan oleh semua majikan.

Ini dari sumber Utusan

Noramfaizul tidak dilindungi insurans khas

***

Ya, jaket kalis peluru..ya,dibekalkan senjata atau pendinding dan segala bentuk keselamatan. Apa juga bentuk keselamatan, isunya sekarang ialah jurukamera itu maut.

Aku memang tak faham apakah yang dimaksudkan urusan kerja biasa? Kalau begitu urusan kerja luar biasa bagaimana pula kategorinya? Hanya orang berita sahaja yang tahu nilai berita.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...